Wednesday, 5 July 2017

Selamat Hari Raya Aidlifitri 2017

Salam

as usual... hari ni dah 11 Syawal pun dan saya baru nak up cerita raya. hehe...

Raya tahun agak berbeza sedikit sebabnya mama masih kat hospital.  ye, mama dah hampir sebulan ditahan dalam ward 6D Hospital Taiping.

Sepatutnya tahun ni giliran beraya di Sg. Petani dan oleh kerana keadaan mama macam tu, kami tukar plan untuk 'singgah' dulu kat Taiping dari Bandar Saujana Putra.

Bertolak pukul 12.30 malam hari Jumaat tu dan sampai ke Taiping pukul 5.30 pagi hari Sabtu.  Jadi sempat la berpuasa sehari sebelum 1 Syawal menjelma.  Tahun ni family abang memang turn beraya kat Taiping jadi meriah sikit la kat rumah tu dan mujur jugak laa sebab Kak Azah (kakak ipar) pandai masak makanan raya.  Kalau nak harap saya sorang, mahu tak jadi raya tahun ni. hehe

Untuk 1 Syawal, kak Azah masak rendang ayam dan off course lemang abah beli je dan tak cukup dengan tu, soto ayam pun ada.  Seperti biasa masakan kak Azah memang tak mengecewakan.  SEDAP yang amat kata ko...

Bila dah tengah hari, baru kami pergi ke hospital sebab waktu tu laa pelawat baru boleh masuk.  Bila sampai je kat pintu bilik yang menempat kan mama tu, hati rasa hiba sangat sebab nampak mama tertido sampai dah tersenget2.  Sikit lagi je nak sampai ke palang tepi tu.  Terus saya masuk dan mengejut mama.  Betul kan kedudukan supaya dapat bersandar dengan selesa.  Keadaan mama tiada perubahan pun dari awal puasa dulu sampai la sekarang.  Malah lebih teruk akibat kekurangan oksigen sampai ke otak, sekali sekala mama akan diserang sawan.  Risau, takut semua perasan bercampur.
mama tengah solat.  gambar ni di ambil sehari sebelum raya...
Berhari raya dengan mama
with Mr. Hubby

My precious My kesayangan

Petang Raya kami dah ada kat Sg. Petani

Notakaki: selamat hari raya #prayformama

Thursday, 8 June 2017

Salam Ramadan 2017

Salam


Hari ni dah 12 Ramadan  pun dan hari ni baru nak cakap Salam Ramadan? hmmm

Tapi rasanya tak terlambat untuk ucapkan sebab kita kan puasa sebulan.  So macam mana ibadah puasa pembaca blog ayumieka sekalian?  Harap kita semua masih bersemangat untuk menambah baik kualiti puasa tahun ni.... 

Seperti biasa saya tidak memasak untuk berbuka puasa.  Hari2 pegi beli.  Tak kisah la kan beli ke masak ke, yang penting puasa tu kan kan. 

Jadi untuk hari ni ni saya dah buntu nak makan apa dah.  Hari2 makan nasi dan tekak rasa macam mengidam benda lain.  hehe... Haa cakap pasal mengidam, hari tu saya mimpi saya mengandung lagi... ye betul.. mengandung anak ke-4.  Punya la cemas perasaan ni dan bila terbangun dari tidur, terus istighfar.  Saya bukanlaa menolak rezeki, tapi rasa macam tak bersedia lagi pun Shawqi masih baby.  Kalau saya mengandung lagi, nasib dia jadi macam piya.  Perasaan bersalah tu, ibu2 yang mengandung rapat je akan rasa.  Rasa kesian seolah dia akan diabaikan.  Tapi tak la saya abaikan langsung piya tu.  Cuma dari umur yang terlalu kecil, dah kena belajar beralah.  tu yang kesian tu.  hmmm


Ok laa.  Bulan puasa pun dah nak separuh habis pun dan baru terasa yang baju raya tak beli lagi... alaaa stress la nak cari baju nih.  Baju anak2 lagi. hmmm moga rezeki saya dan anda yang membaca post saya ni akan dibuka seluas-luasnya dan berkati setiap pendapatan yang kami raih.  Amin.  



Notakaki:  Tema raya pun tak decide lagi... haihh 

Friday, 21 April 2017

Manfaat Kecantikan dengan Oil Cleansing Method



Manfaat kecantikan dari Teknik Oil Cleansing Method
Ramai antara kita yang hadapi dilema apabila memilih regim penjagaan kulit setiap hari.  Ini membuatkan kita merasa putus asa lantas tidak mahu menggunakan apa-apa jenis pembersih pada kulit wajah.   Setelah mencuci muka, sepatutnya kulit tidak menjadi terlalu kering.  Tetapi itu yang sering terjadi.  Dengan lambakan produk di pasaran, bagaimana kita nak tahu mana satu yang sesuai dengan kulit kita. 

Terdapat dua jenis kulit secara amnya.  Ada yang kulit kering atau dehydrated dan ada juga yang berminyak atau berjerawat.  Tahu tak, kedua-dua masalah ini boleh diatasi dengan mudah iaitu membersihkan wajah dengan minyak.  Oil cleansing mungkin bunyinya pelik tetapi ia kaedah yang bagus malah tidak mengganggu PH semulajadi kulit kita. 

Rangkaian Face Oil yang boleh didapati di Sephora Online

Bagaimana Oil Cleansing bertindak?
Membersihkan kulit wajah adalah sesuatu yang perlu dilakukan setiap hari tetapi boleh menyumbang kepada masalah sekiranya kita terlebih-lebih mencuci muka.  Kita fikir, menyental kulit dengan scrub setiap hari boleh menghapuskan minyak berlebihan pada kulit tapi tahukan anda semua bahawa sekiranya kita terus-terusan melakukan perkara itu ia akan memaksa kulit menghasilkan lebih banyak minyak.  Di mana ini akan membuat kondisi kulit lebih parah.  Sebab itulah kita bertukar kepada oil cleansing method.

Prinsip Oil Cleansing ini adalah minyak hapuskan minyak. Apabila kita mengaplikasikan minyak pada kulit, minyak tersebut akan menarik minyak jahat yang bertapa atas kulit kita tu.  Selain itu minyak itu juga akan menarik kotoran, kesan makeup yang tertinggal dan juga sebum (punca terjadinya blackheads).  Pembersih minyak yang terlarut bersama dengan kotoran akan terhapus keluar apabila wajah dibilas dengan air.  Apabila pembersih minyak bergabung dengan air, akan terhasil sensasi pelembab pada kulit.  Hasilnya ialah kulit yang bersih itu akan moist and supple. 



Kebaikan Oil Cleansing Method

Apa yang paling penting adalah pembersihan dengan menggunakan minyak akan menghapuskan kotoran tanpa meninggalkan kesan tegang dimana kulit menjadi terlalu kering.  Pembersih minyak semulajadi mengandungi pati minyak antaranya Jojoba seed oil, Castor Oil yang tinggi pelembabnya.  Walaupun kulit anda jenis yang berminyak, tidak perlu sampai buatkan kulit menjadi terlalu kering.  Jadi seimbangkannya.  Tahu tak, kulit yang terlalu kering akan buat ia kelihatan tua sebelum waktunya.  Oil Cleansing Method sangat sesuai untuk mereka yang pori kulitnya mudah tersumbat kerana pembersih minyak dengan mudah menyingkirkan kotoran.  Selain itu, ia juga sesuai untuk anda yang  berkulit kering kerana ia melembabkan, mencegah garis-garis halus serta tidak menyumbat pori kulit. 

Best kan guna Face Oil ni... saya dah cuba dan memang best pun.  Sambil urut kulit muka tu, blackhead whitehead pun turut terikut sama.  Apa yang paling best, bagi saya ialah kerana kulit saya cenderung ke kering.  Jadi berkat minyak tersebut, kulit saya takde tompok2 kering dan pakai bedak pun sekata je. 

Nak tahu saya guna brand apa?  Tentu lah Mary Jardin Face Oil

Sebotol harga dia baru RM65 dan tahan 2-3 bulan.  Paling best, bukan untuk membersihkan kulit muka je.  Boleh buat pelembab, makeup primer, natural remedies kalau ada skin rashes.  Oleh kerana kandungan face oil ni selamat, baby pun boleh guna.  

Mary Jardin Face Oil RM65

untuk kulit berjerawat
ruam pada kulit bayi
makeup jadi woww
Kat mana nak beli Mary Jardin Face Oil ni?

Whatsapp saya 017-4646225 Ayu

Whatsapp saya 017-4646225 Ayu

Whatsapp saya 017-4646225 Ayu


Notakaki: natural skincare ni kesannya bukan 2-3 hari.  ia berbeza dari individu A dan individu B.