Tuesday 29 January 2013

Terkena 2 bijik...

wuhuuuu lamanya tak buat entri... (ceh budget orang tunggu je entri dia...) 

Kali ni saya nak cerita sikit tentang mama saya yang sorang tu..

Dipendekkan cerita mama saya ni kategori hati kering orangnya.  Kalau saya ada masalah, n bila cuba minta pendapat, mesti saya kena balik.  Mama sebolehnya memberi pandangan dari sudut yang lebih luas dan adakalanya mampu menyelesaikan konflik yang tak seberapa tu.  Yang terbaru, saya mengadu kat mama yang Danial meragam tak pasal2 lepas balik shopping barang dapur kat Giant.  Sume benda tak kena. Asik nangis je. kalau nangis sedu2 tu takpe la.. ini menangis style jerit2 nih. haaa poning kepalo den. 

(Perbualan telefon)
Saya: Ma... tadi Danial menangis tak pasal2. selalunya kalau pegi jalan2 dia happy je. 
Mama: hmmm (mama tak sempat kata apa)
Saya: Dah tu nangis style jerit2 nih. 
Mama: Macam la mak dia dulu tak nangis jerit2... 
Saya: (adehh kena sebijik)... tapi ....
Mama: Kamu anggap la tangisan anak ni satu benda yang indah dalam hidup. esok2 dia dah besar, tak nangis dah macam tu. lepas tu kamu pulak rindu nak dengar dia nangis...
Saya: (kena lagi sebijik....) hehe

Macam tu la mama saya, setiap jawapan dia mesti positif. dan takde peluang untuk saya nak menyalahkan orang lain. Pernah dulu saya suarakan tentang kerisauan saya terhadap Danial di rumah pengasuh. Secara peribadi  makcik tu mmg baik dan mmg dia jaga anak saya betul2. Tapi melihat kan kelasakan anak saya nih, saya jadi risau kalau2 pengasuh tak terhandle anak saya ni. Nak tahu apa mama saya jawab bila saya utarakan hal ni... "Kalau banyak songeh sangat, berhenti keje.. jaga sendiri anak kamu..." haha padan muka saya.

Nota: Baru terperasan yang lagi 3 hari nak 26 hari bulan (ketika kejadian). memang Danial akan extra meragam bila nak beralih bulan... haihhh kesian anak mama. (Danial lahir 26 October)


Mula2 sepahkan...

Lepas tu kemas pulak...


Monday 14 January 2013

Wanita perlu dilayan bagaikan ratu

Kisah ini berlaku dah lama dah pun dan saya pun masa tu tak berkahwin lagi.  Ia berlaku di suatu petang di sebuah majlis kenduri kahwin

Tuan rumah empunya majlis ni adalah pemilik sebuah butik kecantikan dan juga merupakan salah satu outlet bagi produk XXX. (dulu saya bekerja di sebuah syarikat pembuat dan pengedar produk kecantikan).  Jadi dipendekan cerita kami satu ofis dijemput ke kenduri kahwin anak mereka termasuklah boss kami. 

Secara ringkasnya boss kami sering menghadiri majlis2 yang boleh kata berprestij jugak la yang dihadiri oleh VVIP2 ternama kat Malaysia ni.  Atas kesedaran itu, tuan rumah majlis kenduri menempatkan beliau dan suami di meja VIP.  Manakala kami yang tak beberapa VIP ni bertebaran la memenuhi meja kosong di dalam dewan yang disewa khas itu.

Kat meja VIP tersebut, ada la beberapa pasangan VVIP yang duduk semeja dengan boss kami tu dan semuanya adalah orang MELAYU.  oleh kerana dah menjadi adat or amalan orang melayu yang isteri akan melayan suaminya di meja makan, hmm maksud saya sendukan nasi, letak lauk sume, tuang kan air, jadi boss saya yang bukan berketurunan MELAYU ni terbeliak2 biji mata dia.  

Menurut beliau, perempuan or wanita perlu dilayan bagai puteri oleh pasangannya.  tak akan sesekali dia men'serve' pasangan nya bila di meja makan (of course laa ko ada maid kan... ) tapi kalau berdua pun, si suami yang patut bangun dan sendukan nasi, letak lauk, tuang air dan sebagainya... konon2 romantis laa

' I can't believe this..." how come she bla bla bla bla bla.... itu la yang dia dok bebel masa kat ofis minggu berikutnya tu...

Pandangan saya, isteri yang melayan suaminya bukan ber erti orang suruhan atau senang cakap orang gaji dan tak jatuh pun maruah suami kalau tolong sendukan nasi ke pinggan isteri.  Suami isteri kena la give n take. kalau asik give je, mesti la memendam rasa kan.  sekali sekala, nak juga menerima...   Jadi untuk boss saya tu, saya maafkan je la dia kerana memperlekehkan wanita melayu itu.  

sekian terima kasih...

Tapi kalau tengah makan beradab, pengantin dok diam2 biar pengapit yang buat semua.

Wednesday 9 January 2013

Pertama kali...

Ini cerita pertama kali...

Kali pertama saya membeli tuala wanita adalah lebih kurang berusia 7 tahun... Oppss bukan untuk saya tapi mama yang pesan.  Nasib baik la dulu takde maxi ke, slim or overnight. sib baik jugak tiada istilah wing laa without wing laa. extra long la, mudah di basuh la berbelah di belakang laa.. huhu... kalau ada sume ni mesti mama susah nak terangkan panjang2 supaya saya tak salah beli. 

Kedai runcit tu dekat je dengan rumah.. kat lorong belakang je.  So saya pun jalan la kaki pegi ke kedai... Memang dah favorite kalau pegi kedai ni, lagi la kalau disuruh mesti nak mintak upah. Jadi apa je yang di pesan memang laju laa.  

Sampai kat kedai, saya terjenguk2 kat rak dalam kedai tu. Pakcik kedai tu pun tanya...

Pakcik kedai: "Nak beli apa dik?"
Saya: S A N I T A... (lancar je mulut ni sebut... sebab sepanjang jalan tadi punya la hafal.. takut lupa)
Pakcik kedai: "Owhhh (sambil sengih2).. Untuk sape ni? (sengih lagi)
Saya: Mama

Mujur la waktu tu i have no idea apa tu SANITA... Kalau la tahu, mesti saya xmo beli sebab malu. Yang pakcik kedai tu pun asik sengih2.  Ingat best sangat ke?? Bila dah darjah 6 baru saya tahu kenapa pakcik kedai tu balut kotak SANITA tu. Zaman tu, cerita datang bulan ni perkara yang macam memalukan la untuk dibincangkan... hmmm saya pun malu2 jugak masa tu... haha... 

Nota: Skang ni jarang dah yang nak balut2...


















Ini la SANITA nya... (Sumber)





Eiii bau apa ni? Bau kau ye?

Kisah Benar...

Di dalam suatu majlis keramaian, saya melangkah ke arah sekumpulan manusia yang sedang kusyuk makan.  Oleh kerana dalam ramai2 tu saya agak rapat dengan mereka, jadi saya pun join la sekali.  Tengah seronok2 makan dan berbual sesama mereka, tiba2 salah seorang dari mereka mengembang ngempis kan hidung yang membawa maksud terhidu sesuatu yang pelik. Apa yang pelik lagi, hanya dia seorang yang menyedari bau itu dan orang lain hanya terpinga2 dengan tingkahnya.  Terus memandang tajam ke arah saya dan berkata "Bau kau ye?" 

Saya hanya mengerut kan muka dan terasa macam nak cekik anak orang. haha. Suka suka hati tuduh orang. Dah la tak betul pun malah memalukan saya.  Nasib baik ada yang menyampuk. "Kau bau apa?" Terus muka nya berubah kerana tiada yang menyokong.

Ini bukan kali pertama saya terkena dengan nya.  Dulu lagi la dia mendekatkan mukanya pada saya lagak orang sedang mengecam bau makanan. Sabar je laa...

Sehingga kini saya tak pasti apa niat dia dan kenapa saya menjadi mangsa bau bauan beliau. 

Sekian.

Nota: Tuduhan tidak berasas boleh mengudang perbalahan... jadi sila siasat dulu.

Tuesday 8 January 2013

Serangan anai-anai!!

Rumah diserang anai2 tidak lah sedashyat rumah diserang kucing... haaa kucing?? apa kena mengena ntah... Bukan apa, teringat rumah kat taiping ada sekor kucing betina ni... Dalam dok marah kat dia, abah masih beli makanan kucing...

Sebenarnya dah lama dah perasan yang anai2 dah bersarang dalam kabinet dapur tu.  mulanya geng2 diorang ni menyerang surat khabar lama lepas tu melarat ke pintu sebelah di mana saya meletakkan tong gas, tong beras, bawang2 serta kentang2 sekalian.  Sib baik dia tak makan bawang2 tu.. haha... Bila dah macam tu, terpaksa la keluarkan tong beras dan bakul bawang tu. Tak cukup dengan 3 pintu, dia buat highway belakang peti ais dan masuk dalam kabinet yang simpan segala pinggan mangkuk yang diguna hari2 dan yang masih tersimpan dalam kotak.  

Oleh kerana kabinet yang saya simpan makanan bersebelahan dengan pinggan mangkuk tu, saya dan suami pun terpaksa melakukan gerak gempur untuk menyembur racun dan membuang segala sarang geng anai2 ni. ye laa sebelum dia serang bahagian makanan pulak... 

Keje pembersihan ni bukan la mudah, bila dah sembur racun, nak kena basuh pulak... Dah la kesan sarang yang masih melekat dalam kabinet tu.. memang guna tenaga la nak menyental. Sib baik husband gagah perkasa, so dia la yang buat keje2 sental tu.  saya part susun2, touch up2, kemas sana kemas sini, punggah pastu simpan balik... dari pagi sampai ler ke petang baru selesai... 

Memang geli la bila teringat balik. tak sempat pulak nak amik gambar... tapi ni gambar anai2 yang saya jumpa kat google

Gambar Anai-Anai (sumber)


pengajarannye di sini, jgan biar lama2... kang tetiba senget almari tu, sape nak menjawab...

Cuti-Cuti Malaysia December 2012

Entry tertangguh... huhu orang dah masuk tahun baru daa...

Bulan December baru je berlalu dan itu menandakan kita sudah pun berada dalam tahun baru 2013.  Semoga segala azam yang ditanam dalam hati tidak berkubur begitu sahaja tetapi sudah dimulakan pada bulan pertama tahun baru ni. Perancangan 2013.

Minggu lepas demi mengabiskan balance2 cuti tahunan yang ciput tu, kami sekeluarga amik keputusan untuk abiskan masa kat kg (Taiping & Sg. Petani).  Dah lama tak balik kg lama2 sejak raya puasa dulu tu. Hari Khamis 28 Dec tu kami pun bertolak dari Cheras ke Taiping, Perak... (rumah saya).  Walaupun dapat 2hari setengah, ada la jgk aktiviti yang berfaedah kami buat... contohnya kemas bilik stor yang telah dihuni makhluk perosak itu.. eiiiieeeewwww... Puas la asing barang plastik, surat khabar, botol2 kaca n kotak2 lama untuk dijual.. ni pun setelah berjaya menidurkan budak tecik itu... Kalau tak, bukan makin kurang keje, tapi makin bertambah2 pulak sebab dia pun akan join skali selongkar sume benda.  Dalam dok sibuk buat keje, dah terbangun pulak dia... hmmm maknanya husband n abah la yang terpaksa menyambung keje2 pembersihan tu.  haa pasal jual barang recycle ni, punya la kemut orang tu.. dalam banyak2 benda yang kitorang jual, dapat rm13 je. lorrrr.... tapi takpe laa dari menjadi sampah sarap kat bilik stor tu kan.

Hari kedua di Taiping, pagi2 saya dah bangun untuk siapkan bekalan Danial.  hmm bekalan untuk ke Zoo Taiping... yeayyy...(mak yang over excited).  selain roti, saya pun melempeng skali... tapi buah dah xde.. so dalam bancuhan tu saya letak je cheese... bukan anak je suka, maknya pun suka.. huhu.  Sampai je zoo, saya la tukang pikul sume beg.  beg danial, beg tangan dan jugak beg kamera... tu pun husband suruh bawak payung... hoh tak kuasa i... saya cakap kat zoo bnyk pokok, so tak yah berpayung bagai.  Ini kali kedua kami ke zoo taiping dan kali ni ada Danial yang memeriahkan lagi suasana. Tadi cakap pasal beg kamera kan... korang tahu la beg tu berat tahap apa je. Baru amik 2-3 keping husband cakap "eh yangg takde bateri laa".  Kesudahannya saya la tegang2 urat2 leher bawak benda tu... haihhhh

Malam Sabtu kami pun bertolak ke Sg.Petani... Kalau kat SP ni tak pegi umah tok mmg tak sah. Rumah dah la tepi sawah so boleh la feeling2 Nur Kasih gitu. haha... Danial pulak mmg tahu seronok je. Kat rumah SP ada akuarium dan rasanya ikan2 tu mesti menahan rasa sebab asik kena sergah ngan Danial... sabar la yer... Nanti Danial dah besar, suruh dia cuci akuarium tu. 

Nak dijadikan cerita, hari nak balik tu saya terkena virus cirit-birit dan muntah... Sampai lembek2 badan dibuatnya.  Kalau saya sorang je kena tak pe lagi, ni husband pun kena. Jadi dengan rela terpaksa kami membatalkan perjalanan ke KL hari tu. Mujur la Danial tak terjangkit. Alhamdulillah. 

Sekarang dah pun 8 hari di tahun baru, semangat untuk berkerja dengan lebih kuat masih membara.  Semoga azam tak luntur separuh jalan.  Tahun ni jugak nak belajar kumpul duit banyak2. jangan membazir benda yang bukan2. Dapat jugak bagi duit lebih kat orang tua kan... Selamat Tahun Baru 2013.