Thursday 24 October 2013

Keluarga October

Salam semua.... lama jgk update blog ni.... Takde la sibuk sangat tapi takde idea nak tulis apa kat blog.

Kali ni nak cerita tentang bulan October yang mana kita masih berada dalam bulan october (berapa banyak october laa..) Bukannya apa, dalam keluarga saya, ada 4 orang yang lahir dalam bulan ni.. amboi meriah sungguh diorang share2 dlm satu bulan.  Sudahnya keempat2 mereka itu memiliki satu sifat yang sama iaitu 'sedikit keras hati'...  kecuali mama sebab dia lahir 1hb.  so sifatnya tak berapa sama la dengan yang lagi 3 tu.

4 mereka itu ialah

1. Mama saya (1October1951) - mama nak sling bag

2. Adek saya yang bongsu - Acu Farah (14October1988) - dia dah amik perfume saya so kira hadiah la tu
3. Adek amira - anak abang saya yang bongsu (24October2006) - tak beli apa lagi
4. Anak saya - Danial (26October2011) -  ni pun tak beli apa lagi... tunggu la ye.

Kat sini saya kongsi sikit sifat orang yang lahir dalam bulan October ni.  Tapi bukanlah sama semua sifat 100% sbb setiap orang tu ada keunikkannya sendiri dan kalau sama pun mungkin kebetulan.

OKTOBER (dipetik dari Kajian Dato Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah)
suka sembang 

suka org yg sayang padanya
suka ambil jln tengah
sangat menawan & sopan santun 
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,
pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan org lain 
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandai bercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,
bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi persekitaran
mudah patah semangat 

*** Bila dah October ni mula la pening merancang utk birthday party Danial... ikutkan dia bukan paham apa pun tapi mak bapak dia yang lebih..huhu biasa la tu kan. Ikuti persiapan utk majlis Danial tu dalam http://aarizdanial.blogspot.com/ .