Wednesday 30 April 2014

Budget untuk anak kedua

Salam...

Pengalaman berbelanja untuk menyambut kelahiran anak pertama dulu banyak membantu dalam membuat budget untuk anak kedua.  Yang bestnya, banyak yang boleh dijimatkan kerana ada sesetengah barang boleh diguna semula tanpa perlu dibeli baru.  Antara contoh yang boleh recycle, ialah baby cot (termasuklah tilam serta quilt yang sedia ada), sterilizer, breast pump, besen, changing mat, thermometer, hmmm banyak laa jgk kalau nak di taip semua kat sini.  Ada jugak sesetengah parents yang recycle baju2 newborn anak yang pertama. Tapi macam kes saya ni nampaknya kena beli baru sebab, maklumlah anak pertama lelaki.  Baju abis sume dah comot2 n agak lusuh. So tak sampai hati nak pass ke adik nya pulak.  Lagi pulak menurut doktor yang scan perut saya nih, katanya macam girl je kali ni.. hehehe... Sudahnya jadi dilema pulak sama ada nak beli baju girl or boy.  Sebab ada pulak yang dah warning siap2 toksah excited sangat sebab belum tentu tepat. aiseyyyyy cengghitu pulak deme nih. 

Walaupun ada banyak benda yang boleh diguna semula, tetapi atas alasan pengalaman lalu, saya dah senaraikan apa yang perlu, apa yang tak perlu dan apa yang perlu beli banyak atau pun sikit.  Nampaknya budget lebih kurang je macam dulu.  ye laa kan... Contoh nya baby wipe, saya perlukan banyak benda ni dan banyak lagi la benda yang takde dulu, saya perlu beli sekarang sebab terasa macam keperluan je.  Dulu tak tau apa yang perlu. Tetiba tengok senarai, makkk aiiii panjangnya... Lagi satu keperluan berpantang... Bila dah dulu semua benda tak cukup, so kali ni memang nak kasi cukup laa... Kesimpulannya budget lebih kurang sama je. huhu.  (Kali ni jamu takmo beli set lagi... Beli loose item je sebab tak semua dalam set tu kita akan guna.) Jamu yang telah pun selesai di buat survey ialah Tanamera dan Nona Roguy... Saya akan beli apa yang nak guna sahaja... Pastu bengkung beli yang boleh untuk caesar. Mana la tau kan... Dulu masa berpantang langsung tak pakai bengkung sebab caesar.  Sudahnya, perut makan masa nak kembali kepada sedia kala.

Nota: Puasa kali ni saya dah nak masuk  34minggu... Harap diberi kekuatan untuk berpuasa penuh macam mengandung yang dulu... (ehhh tak penuh pun sebab tertuang 3 hari... air gula punya pasal)


Sembang Malam

Salam...

heyy tajuk tak menahan. Sebenarnya ni cerita 2 hari lepas. 

Sebelum tido, tunjuk kat anak gambar2 masa kenduri kahwin dulu 12-Nov-2010...

Dia diam je tengok. sambil tengok tu saya tanya ni sape ni sape. Habis sume la dia jawab betul, opah la atuk la acu la...

Saya saje test dia. "Mana Danial? Xde pun." 

"Alaaa Nyanyal (Danial) tak ada..." (jawab dengan suara sedih)


Lepas tu saya tunjuk pulak gambar ni


Saya pun tanya " Papa buat apa tu Danial?"

Danial : "PAPA NYANYI"....

hahahahahahaha

Monday 28 April 2014

Berat naik sampai 4 kilo!!!

Salam...

4 kilo tau. Sampai nurse suruh timbang lagi sekali. Jangan kata dia, saya pun terkejut. Lagi teruk, diorg sampai check mesin timbang tu kot kot rosak. hahaha. malu je.
Selalunya setiap kali checkup, berat saya paling maximum akan naik 2kg. So mmg xkan kena bebel la. Tapi ni sampai 4kg n siap tulis ngan pen merah lagi.
Rasanya, ni semua gara2 selera saya semakin menjadi. Aiskrim dan coklat memang tak tinggal. dan sekarang memang agak menyesal. So mmg kena ubah tabiat pemakanan. Nasi tu amik segenggam je. Lauk takpe lebih terutama sayur...

Nota: Masa bukak buku, berat saya 66kg (15January - 10 minggu).Skang dah 24minggu, berat saya 74kg. Gulpppp.....

Sumber : Google


Sikit tambahan:
pertambahan berat badan yang sihat, 5bulan pertama adalah 0.5kg sebulan dan seterusnya adalah 0.5kg seminggu.

Masalah ketika mengandung - Diabetis.

Salam... Jumaat lepas saya ada MGTT kat klinik kesihatan atau dgn bahasa mudah, ujian air gula. Dengar nama pun dah buat saya loya and nak pitam. Bagi yg ada pengalaman test ni mesti tahu betapa peritnya nak habiskan air yg sgt manis tu. Utk mengandung kali ke2 ni saya dijadualkan siap2 oleh doktor utk amik test ni pada 16minggu dan ulang lagi pada 24 minggu. saya rela disuntik byk kali dari minum air gula tu.  Kenapa 2 kali?? Sebab masa 1st pregnancy dulu saya kena diabetis. haihhhhhh nasib nasib...

Test ni bermula pukul 8 pagi dan 7.50 sy dah smpi klinik. Nampak mcm awal kan? Tapi xsebenarnya... Saya org yg 34. Dari pukul 8 tu, 11.30am baru abis. hahhhh letihnya. Sampai tertido2 saya tgu turn. Giliran saya bermula pukul 9.20. Lepas amik darah, saya diminta minum air gula dan diminta tgu selama 2jam untuk amik darah lagi sekali. Dengan perut laparnya sbb dari pukul 10mlm saya diminta berpuasa dan skang kena tgu lagi 2jam. Pening sgt sib baik tak muntah. Kalau muntah, test tu dikira batal. ye laaaa kan dah keluar semua air gula tu. So tak aci la nak amik darah lagi skali.

Keputusan:
16 minggu - fasting blood sugar - 4.0 (Normal)
                   2H - 5.8 (Normal)

24 minggu- lagi seminggu baru keluar... kalau ok, klinik tak call. tapi kalau gula saya naik, nampaknya saya akan diistiharkan sbg pengidap diabetis (mengandung). hmmmm mintak2 la TAK. 

Sekadar hiasan. Sumber  - Google


Note: 

Fasting Blood Glucose (Kena start puasa dari pukul 10 malam)
Keputusan Bacaan
3.9 - 5.5 mmol/L - Normal
5.6 - 6.9 mmol/L - Berisiko mendapat diabetes
7.0 mmol/L > - Diabetes

Oral Glucose Tolerance Test (Selepas 2 jam minum air gula)
Keputusan Bacaan
7.8 mmol/L < - Normal
7.8 - 11.1 mmol/L - Berisiko mendapat diabetes
11.1 mmol/L > - Diabetes




Friday 11 April 2014

Gelisah bersalin kat mana...

Salam semua,

Bila menyentuh isu nak bersalin kat mana, mesti ada yang berkira2 nak pegi Govt. Hospital atau private hospital.  Kalau yang memang ada kemampuan mesti nak pilih private punya sebab lebih selesa dan lebih privacy.  Suami pun boleh jaga kita kat ward.  Tapi yang budgetnya banyak ke benda lain, mesti tak kisah punya bersalin kat hospital kerajaan ni.  Lagipun hospital sekarang banyak dah baru dan cantik.  so takde la seram sejuk sangat bila bermalam kat sana. huhu. Cuma kita kena bertolak ansur la sikit bab waktu lawatan tu. alaa bukan nak kena duduk lama2 pun. lepas bersalin dah boleh balik (kalau takde apa laaa).  

Bagi saya, isunya bukan nak pegi private ke atau kerajaan. tapi dok fikir nnt time sakit nak bersalin tu saya kat Taiping ke or kat Sg. Petani.  Sebabnya, EDD (Estimate Due Date) saya seminggu lepas cuti raya. so rasanya memang tak balik ke KL dah lepas seminggu raya tu. kang terberanak dalam keta kang.. maklumlah keadaaan highway plus kalau musim2 raya ni. Anak pertama dah jadi anak SP. so anak kedua ni ntah2 anak Tepen. hmmm baru geng ngan mama. Danial dah geng ngan papa. 

Mintak2 la waktu nak bersalin nnt tak terus sakit sampai tak boleh buat apa.  So xde la kelam kabut orang yang ada sekeliling tu. (biasanya kita ok je tapi orang lain yang panic). Ntah2 tengah dok syok2 makan lemang ngan rendang tetiba air ketuban pecah... wahhh so drama... lepas tu kena papah kena pegi hospital (banyak pengaruh tv betul saya ni).  itu la kan, tanda2 nak bersalin ni tak semestinya pecah air ketuban je. tapi kat drama tv tu semua tunjuk benda yang sama sampai saya pun terpengaruh. hehe

Nota: petang2 ni seronok pulak berangan pasal nak bersalin nanti. 10 minit lagi nak balik nih...

Thursday 10 April 2014

Bila masa yang sesuai buat persiapan menyambut kelahiran anak

Salam semua,

Ok honestly saya baru siapkan list utk shopping barang baby dan segala keperluan berpantang.  Rasanya semua pun akan buat benda yang sama supaya takde apa yang tertinggal.  Pengalaman dulu mengajar saya apa yang perlu beli banyak, apa yang perlu beli sikit, apa yang xperlu beli sebab takkan guna langsung dan apa yang xperlu beli sebab boleh recycle je dari anak pertama dulu. 

Contoh yang perlu beli banyak 

1. lebihkan baju lengan pendek dari baru lengan panjang 
- cuaca kat malaysia ni bukan la sejuk sangat. so baju panjang untuk tido je. kalau siang tu lebih banyak guna lengan pendek. kalau pakai rompers lagi mudah. dan kalau boleh beli jugak baju yang ada lubang2 kecik tu. 

2.  Baby wet tissue
- ini memang kena pakai banyak sebab awal2 ni baby asik membuang je. so tisu ni memang kena ada stok yang banyak.

3. Diapers
- yang ni pun kena standby banyak2 atas faktor di atas... 

4. Tuala Mandi
- Tuala memang kena sedia lebih dari satu. Sebab jarang 1 tuala tu kita pakai sampai seminggu. Sebabnya baby akan terkencing la, terberak la dan macam2 ter lagi. kalau dulu saya beli 2 helai, tapi kali ni nak beli 3.. huhu

Contoh yang perlu beli sikit

1.  Baby Oil
- Kalau dulu saya beli 2 botol besar. Lama betul nak habiskan sebab kita guna sikit je. last2 saya buat cuci makeup. anak tu dah besar baru habis. so kali ni beli botol kecik je.

2. Lampin kain 
- Yang ni saya beli 1 pek je. sebab kita kan dah guna disposal punya. tapi dia ada kegunaan lain yang tak kurang pentinya.... nak bedung la, nak buat lapik la, nak lap jeluak, nak lap lepas mandi (ganti tuala kalau 2 - 2 basuh) dan macam2 lagi sebab kain dia lembut.

Contoh yang xperlu beli sebab takkan guna langsung

1. safety pin
- ada ke orang beli saje2? rasanya dah tak perlu sbb guna disposable diapers.  Kalau guna washable diapers pun dah ada butang siap. (alaa yang ramai orang guna tu... )

2. sikat
- Macam dulu saya memang tak terfikir pasal sikat ni dan mujur pun tak beli sebab rambut baby bukan payah nak sikat2...  dah besar baru beli sikat

Contoh yang xperlu beli sebab dah ada

haa yang ni bergantung kepada apa yang dah ada masa anak pertama dulu... mcm breastpump, baby cot, kelambu, besen mandi dan sebagainya....

(kesemua contoh di atas adalah berdasarkan pengalaman sendiri... sekiranya ada percanggahan, anggaplah ia satu pendapat kecil dari saya yang tak banyak pengalaman ni...)

Kalau orang tanya "kan nak breastfeed, so kenapa beli botol susu awal2 ni?" bagi saya ia adalah penting sebab masa time berpantang ni la kita nak biasakan dia guna botol jgk.  Nanti bila dah keje esok, anak takmo minum susu dari dari botol, haa sape yang susah. so sambil bagi direct tu, susu yang dah diperah tu, letak dalam botol supaya baby tak kekok nnt. Kalau bagi yang tak berkerja, so peraturan ni tak tertakluk.  (hmmm bestnya kalau dapat jaga anak sendiri... impian terpendam...) 

OK sekarang nak menjawab soalan kat tajuk entry ni. "Bila masa yang sesuai buat persiapan menyambut kelahiran anak?" Jawapannya ialah terpulang kepada anda... tapi tapi tapi yang seeloknya dibuat masa 2nd trimester ke atas... 5 bulan tu dah ok sangat dah. kalau awal sangat, tak sesuai sebab kita kena bagi baby betul2 kuat dan kita kena  banyak berehat. (takut jadi apa2) lagipun orang kata nak beria pun biar la dah confirm dulu... pelikkan kena tunggu 3 bulan baru dikira confirm..hmmm moralnya ialah waktu tu kan kita tengah mabuk2 loya2. so mana la larat nak memanjat tangga shopping complex tu. kalau beli online pun tak kuasa nak melayan. Dan kalau tunggu dah hujung2 pun tenaga dah tak banyak. perut dah makin membesar, kaki pun bengkak. kalau 8 or 9 bulan baru nak start shopping, memang tak lengkap la haihhh...

Sumber

Nota: Tengah survey botol susu.... terjatuh cinta dengan botol tommee tippee yang bulat2 tu... ada color2 lagi...


Cara Mencegah Kewujudan Stretch Mark Pada Perut Selepas Bersalin

Salam semua...

Pengalaman mengandung adalah sesuatu yang menyeronokan. Selama tempoh tu, kita mengusung perut yang semakin hari semakin membesar ke sana ke mari .  Selalunya perubahan bentuk badan terutama bahagian perut akan mengundang kewujudan kesan rekahan atau orang dok panggil stretch mark.  Bila perut membesar, kulit akan meregang sepenuhnnya dan bila lepas bersalin, perasan tak kulit tu dah berubah warna jadi lebih gelap.  Tak lalu nak tengok perut... Lagi satu, masa mengandung yang pertama dulu, sy ingat lepas bersalin perut akan terus mengempis. alaaa macam drama kat tv tu. Siap orang dok tanya 'kenapa perut macam ada baby lagi?" sabor je ler.. Dah la kita tengah sakit sebab bersalin cesarean. 

Tapi kesan gelap tu hanya sementara. yang akan jelas kesan merekah tu. dah mcm bentuk kilat. huhu. Macam saya dulu, mujurla ramai penasihat yang menyuruh saya meletak lotion kat perut sepanjang tempoh mengandung. Ini merupakan cara untuk mencegah wujud nya stretch mark lepas bersalin nnt.  haa sebab tu tajuk saya dah tulis siap2 perkataan MENCEGAH. bukan apa, stretch mark tu bukan mudah untuk dihilangkan kalau dah wujud kat kulit kita. Salah satu cara nya ialah cegah sebelum dia ada... 

Masa mengandung anak pertama dulu, saya guna jenama Palmer's Cocoa Butter.  Memang elok lotion ni dan bau dia pun best... (bau coklat).  Kita boleh start letak lotion seawal kehamilan... tak payah tunggu perut dah besar sangat. Tapi sekarang saya dah tukar kepada jenama lain.. tukar ni bukan bermakna yang dulu tak elok tapi saje nak bau yang lain.  Nak rasa yang lain pulak....  (perangai orang mengandung ni macam2)

Sekarang saya guna nih

Saya beli kat sini https://www.facebook.com/AventMurahMalaysia
 Honestly, tak reti nak describe bau dia tapi memang best. Bau minyak la kot. Ringan je texture dia. Bila nak guna hanya pump kat tapak tangan dan apply kat keseluruhan perut.  Oh yaa breast jangan dilupa... :)   Haa lagi satu, kat online shop saya beli ni harga dia banyak la murahnya dari online shop yang lain. kalau sape tahu ada yang lagi murah, sila bagitahu saya... hehe...

Ok laa sekian pengakuan ikhlas saya... kalau sape2 ada tips lagi (khas untuk yang mengandung) boleh la share2 kat sini.

Thursday 3 April 2014

Ragam anak bila nak dapat adik

Salam... pengalaman mengandung anak kedua ni nampaknya lebih mencabar sedikit berbanding dengan pertama kali mengandung dulu.  Mencabar yang saya maksud kan tu ialah 'commitment'.  Kalau dulu kita hanya menguruskan diri sendiri je. Nak makan nak berehat semua ikut time sendiri. Tapi sekarang tidak lagi sebabnya masa kita banyak dihabiskan mengurus anak yang sorang nih.  nak bagi makan, nak bagi mandi, nak bagi pakai baju, nak melayan main, nak tidorkan pulak... Sib baik suami dah di train untuk keje2 mengurus anak ni.  Lagi la pulak sekarang ni dia macam dah boleh rasa kasih sayang kitorang ni kena share ngan adik. Kemain manja nye, sensitif lagi pulak tu. Macam2 ragam la.  Kalau dulu Danial lebih rapat dengan papa dia.  Papa nak pegi mana mesti nak ikut.  Sampai kena sorok dia dulu supaya tak nampak papa keluar rumah.  Tapi sekarang tidak lagi. Siap2 babai babai lagi papa dia nak pegi kedai. Yang penting, mama depan mata. Mujur la sekarang ni fasa mabuk lagi memabukkan itu dah habis. cuma letih je la sebab dah 5 bulan. (baju dah banyak tak muat. seluar apatah lagi...haihhh)

Semua ni memang la agak baru utk kitorang. Ntah macam mana la keadaan bila dah bersalin nanti. Insya Allah saya boleh handle 2 anak sekali.  :)

Bila la nak start potty train nih. style dah ada tu.. (abaikan bilik yang berselerak itu... *cuti2malaysia)