Wednesday 28 January 2015

Tips keseronokan online shopping

Salam

Berapa kali dah saya asik cerita tentang bestnya online shopping.  Benda ni macam dah jadi hobi saya. haha... Tak perlu beli yang mahal2 tapi dapat beli sikit kalau tak untuk diri sendiri, beli barang untuk anak2 pun mampu beri kepuasan pada saya. Kira dah macam terapi la.   Bila dah berjinak2 dengan online shopping ni, saya rasa ia satu penjimatan masa, tenaga dan jugak duit. Bukan setakat kita boleh enjoy dengan diskaun harga yang menarik, tapi kita tak perlu berpeluh2 dengan berebut ke shopping complex bila ada sales.  Nak bayar parking lagi, nak bayar duit makan lagi (dah shopping mesti la penat kan. bila penat kena makan) huhu.

Baru2 ni saya ada menyertai satu Ladies Nite yang dianjurkan oleh sebuah kelab kat tempat saya bekerja.  Dengan bertemakan Retro, memerlukan saya mencari pakaian yang sesuai untuk malam tersebut.  Memandangkan saya ni beranak kecik, memang tak la saya nak mengheret suami dan anak2 untuk mencari baju dan aksesori yang sesuai.  Nak pergi beli hari bekerja, mana cukup time kan rehat sejam je.  Oleh itu, gunakan kuasa jari anda untuk mencari baju2 tersebut. hehe.

Laman pertama yang saya pergi ialah Zalora.  kenapa saya pilih Zalora? Kerana sepanjang saya berurusan dengan Zalora, tak pernah lagi mengecewakan saya.  Ini memang betul2 dari pengalaman saya sendiri.  Selain Zalora, saya juga pegi Fashion Valet. Baju2 kat dua2 tempat ni memang rambang mata. Kalau LAZADA pun best jugak. tapi saya pegi situ kalau nak cari barang2 rumah.  Nanti saya review online shop yang sangat best kalau nak beli skin care + makeup especially from Korea... 

Ok, berbalik pada shopping kat  Zalora.  Hampir semua yang saya nak tentang tema retro ada kat situ.  Dari baju sampai ke seluar.  termasuk la tali pinggang.  Itu belum yang tak berkaitan retro pun terbeli jugak. haihhh terclick la pulak. apa pun memang best la sebab saya tak perlu lenguhkan kaki saya berjalan sana sini sebab nak survey baju.

http://www.zalora.com.my
Haa berbalik pada tajuk asal saya iaitu Tips keseronokan online shopping, satu je benda yang buat orang seronok iaitu Diskaun Diskaun Diskaun.  Apalah erti online shopping kalau tak de diskaun kan. Jadi bagi sesiapa yang baru pertama kali nak shopping kat Zalora, boleh dapat diskaun 15% hanya dengan menggunakan kod seperti di bawah:



http://www.zalora.com.my


Ok la ye.. daaa. selamat membeli belah.

Tuesday 27 January 2015

Kecik-kecik dah terpengaruh iklan

Salam,

Semalam, saya anak beranak tengah asyik tengok tv.  Tiba2 keluar la iklan Maggi yang kari macam mak tu...


dan tiba2 pula Danial bersuara...

Danial: Mama nak Maggi

Saya: (fikir apa alasan nak kata tak boleh dengan cara berhemah) hmmmm Maggi pedas 

Danial: Mana ada pedas (mungkin sebab dalam iklan tu budak kecik makan Maggi, jadi sudah tentu la sesuai untuk budak macam dia)

Saya: Pedas laa.. tengok tu banyak cili dalam dia

Danial: Mama nak Oishi (Green Tea yang Farid Kamil tu) 

Saya: errrr.... 

Pandai kan iklan ni buat orang terpengaruh.  Dari yang besar sampai la budak kecik boleh terliur tengok dia masak Maggi... (hmmm nak maggi jugak...) 

Nota: teringat kecik2 dulu terpesona tgk iklan tora... "Tora Datang Lagi" sebab ada mainan dalam tu. 

Monday 26 January 2015

Cincin belah rotan saya nak. Kena rotan tak nak.

Salam

Sekarang ni kecoh isu rotan tu.  tak tahu nak cakap macam mana. Saya ada 2 pendapat. Saya sokong yang anak jangan dirotan dan tak pula setuju habis2 an anak langsung tak boleh diajar dengan rotan. Bagi saya, rotan tu boleh tapi biar la sebab nak mengajar dan kalau nak rotan pun setakat kat tapak tangan, ok kot. Budak2 sekarang ni terlalu advance dan bukan macam zaman saya dulu yang takut pada ibu bapa.  Kalau tak buat keje sekolah bukan setakat takut kat cikgu tapi takut kat abah yang akan marah dulu.  Jadi, bagi saya rotan tu hukum nya harus dan mesti betul pada tempatnya.  kes naya pulak kalau disabitkan jenayah gara2 nak mendidik anak.  Bila saya kata sokong kalau anak tak boleh dirotan tu, jangan la melepaskan segala kemarahan dengan merotan anak bagai nak rak. sebab kalau dah terbiasa dengan rotan, anak dah tak takut kena marah sebab yang teruk (rotan) diorang dah rasa. Merotan anak ni pun perlu.  Jangan la sampai mendera pulak. cukup buat anak tu sedar akan kesilapan dia.

Mendidik anak merupakan satu cabaran yang besar bagi semua ibu bapa.  Tak kira la anak anda umur berapa, setiap peringkat umur tu ada cabaran yang tersendiri.  Macam saya, menghadapi kerenah anak yang baru berusia 3 tahun memang memerlukan kesabaran yang lebih.  Umur 3 tahun ni masih belum tahu menilai mana yang baik dan buruk.  Siapa yang sama situasi dengan saya akan faham betapa macam2nya perangai budak2 ni. Nak menangis suka hati dia je kuat2.  tengah2 orang ramai lak tu.  tarik nafas dalam2 je la.  Kadang2 saya akan menangis sebab tak tahan sebab terlalu geram.  Nak pukul, kecik lagi.  mulut je la membebel. Tapi bila tengok dia kena marah ngan papa dia, mula la rasa kesian pulak.  emosi mak mak mula terpancar ketika itu. Baru boleh pujuk elok2 n ehh boleh pulak berhenti nangis. 

pssst: anak besar ni saje je nak test kita. kadang tu takde apa2 musabab pun. tapi dia punya melalak, rasa nak terbakor hati ni.  sabar jee laaa..

"Danial nak kena sobit (cubit)?" (itu je la yang ku mampu kata kat dia) 

"Kuih rotan nak?"

Sumber



Friday 23 January 2015

Bila haid datang semula setelah bersalin

Salam....

Kalau ikut perkiraan, dari tarikh bersalin hingga sekarang saya dah 5 bulan lebih tak datang haid.  .  Mungkin sebab saya fully breastfeed kat anak saya.  Itu yang orang selalu cakap. . "kalau bagi susu badan, senang nak rancang sebab tak period.  kalau menyusu setahun, setahun la tak period."  Saya ok kan saje apa yang orang lain bagitahu tu.  elok la tu sebab saya tak perlu risau sangat.  Kalau ikut dari tarikh mula mengandung kira dah setahun lebih dah tu.  Bila dah lama sangat tak datang haid, saya dah lupa macam mana perasaan orang datang haid serta simpton yang sepatutnya saya lalui.  Tiba2 hari isnin minggu ni, saya telah pun kembali normal.  haha. yeayyy period saya dah datang.  patut la ada jerawat last week.  Rasa seperti kewanitaan datang kembali. 

Menurut Baby Center, tiada masa yang tepat bagi wanita untuk datang haid semula setelah bersalin.  Ia adalah berbeza bagi setiap individu.  Bagi yang menyusu badan sepenuhnya, haid memang akan datang lambat dan kemungkinan untuk mengandung juga kurang.  Tetapi bagi yang menyusukan bayi mereka dengan susu formula, haid akan datang lebih cepat dan peluang nak mengandung lagi tinggi.  

Bila dah dapat balik rutin setiap bulan saya tu, baru la muka saya berminyak sikit.  Kalau tak, kulit muka saya tersangat kering.  ish ish. tak best kulit kering ni sebab tak elok pun.  Kena nampak moist sikit tapi jangan la berminyak sangat macam dah boleh buat goreng ikan.  huhu.  

So papa, sila masuk kembali Libresse dalam budget family ye. hehe.


Wednesday 21 January 2015

Blog untuk Safiyya

Salam...

Selain blog utama saya ni, saya ada khaskan satu blog untuk anak saya Aariz Danial.  Masa tu macam best je nak himpun semua cerita tentang Danial dalam satu blog.  Masalahnya blog utama ni pun saya payah nak update hari2.  Maka agak terbengkalai la blog itu.. progress pun mcm lembab je.. huhu.. Tapi bukanlah takde langsung cuma jarang je nak update.  Bila dah jadi macam tu, memang saya takkan wujudkan blog baru khas untuk Safiyya sebab segala cerita dia dah pun ada dalam blog ni.. saya harap kalau satu hari fiyya baca blog mama ni, jangan fiyya kecik ati pulak takde blog macam abang.  Bukan mama tak nak buat tapi semua cerita tentang fiyya ada kat sini.. ada label khas "Safiyya" 

ok daa...

Orang demam tengok TV

Friday 9 January 2015

Buku Catatan MatLuthfi

Salam...

MatLuthfi... Siapa dia tu ek? Saya mula terjebak dengan dia sejak video dia Mother's Day tu.  Siapa yang tahu kewujudan dia mesti tahu tentang video tu.  Entri ni bukan nak olah panjang tentang siapa Matluthfi tapi nak tayang kat uolls semua yang saya dah beli buku dia iaitu 'Catatan Matluthfi' published by Puteh Press.

Apapun, buku ni bukan la buku biography dia tetapi buku yang menghimpunkan semua catatan beliau tentang pelbagai perkara.  Seronok baca buku ni dan ternyata Matluthfi ni sangattttt hmmm sangat apa ek.. tak reti nak describe macam mana.  Tapi yang subscribed youtube dia tu mesti tak tahan.. tak tahan apa?? Tak tahan nak gelak... 

ok laa.. nak sambung baca... azam tahun baru nak jadi ulat buku... hew hew

ni belanja muka depan je... nak tengok isinya, sila beli sendiri.. hew hew... Hak cipta terpelihara

Salah faham tentang 'Breastfeeding'

Salam...

Sesungguhnya beruntung seorang ibu yang dapat menyusukan anak dia dari sejak lahir sehingga lah berusia 2 tahun... Walaupun ada yang terpaksa berhenti awal di atas banyak sebab, tapi peluang untuk menyusu kan anak sendiri tu memang sesuatu nikmat yang Allah bagi.  Banyak kebaikan nya susu badan ni dah rasanya ramai yang tahu.  Owh yaa, entri kali ni bukan nak cerita tentang kebaikan susu badan tu, cuma saya nak share tentang salah faham berkaitan isu breastfeeding... apa yang saya share ni adalah dari pengalaman saya sendiri... mungkin ada fakta yang bercanggah sedikit berikutan kelemahan saya sendiri tentang ilmu menyusukan anak ni.  Tapi boleh la nak share kat uolls semua...

*A itu adalah saya sendiri

Cerita pertama - Tak nak puasa sebab nanti susu takde

A: Wahh ramai nye geng tak puasa kat pantri ni.. (tak puasa sbb uzur) ehhh lama nya akak period
B: Ehh tak laa.  kalau puasa nanti susu takde...
A: Dah tu, sebulan la akak tak puasa? 
B: A'aa

Rumusan: Saya tak pasti orang lain macam mana, tapi saya sendiri memang susu akan merundum sikit tapi takde la sampai takde langsung dan takde la sampai tak puasa langsung.  Persediaan yang saya buat ialah, pastikan setiap sahur saya akan makan seperti biasa (makan nasi) dan minum susu or milo dan tak ketinggalan air masak kena lebih sikit. Supplement pun tak tinggal supaya badan cukup nutrient untuk memastikan penghasilan susu yang berkualiti.

Cerita kedua - Tak mahu exercise sebab nanti lemak hilang

A: Syok nye uolls dapat join Zumba... Teringin sangat, tapi apakan daya kena balik awal... ada anak kecik.. kesian kat husband nnt.
B: hmm memang best Zumba.  Terkial2 saya nih sbb beginner. Tu laa, sbb baby susu badan kan, takleh la join.  Kesian baby nnt.
A: A'aa.  kalau dia buat awal sikit, saya join. ini dah lewat petang sangat. kang malam pulak saya sampai rumah. 
B: ehhh nanti habis la lemak sume kalau exercise
A: hah?? kenapa pulak? elok la tu lagipun lepas bersalin anak kedua ni, badan tak bape nak fit. 
B: susu badan kan dari lemak kita... kalau exercise, abis la lemak.  Nanti susu takde
A: heh heh (garu kepala)

Rumusan: Bab ni macam kategori sains fizik jugak laa.. hahaha.. boleh pulak dia fikir macam tu... saya tak pasti sejauh mana kebenaran kata2 dia.  Tapi yang saya boleh katakan, bila kita regular exercise, badan akan sihat, jadi apa yang terhasil dari badan pun akan turut berkualiti.  (ditambah dengan pemakanan yang seimbang).  kalau laa semua orang ikut teori dia ni, semua ibu yang breastfeed kena gemukkan badan la ye.. huhu. 

Cerita ketiga- Kalau breastfeed nanti breast tak cantik

B: Eiii tak comel dah n*p*l*e kalau breastfeed ni.  Kalau saya ada baby nanti, nak bagi susu badan jugak tapi semua yang perah punya.. takmau bagi direct
A: Ok (Senyum kambing)

Rumusan:  Terus terang, ibu yang menyusukan ni, mesti sedar akan perubahan bentuk fizikal kesan dari direct breastfeeding.  Ia takkan sama dari kita tak kahwin dengan dah kahwin dan setelah melahirkan anak.  Memang betul, bagi EBM  melalui botol, anak dapat susu badan jugak. bukan nya susu formula. jadi apa bezanya... Bonding.. yes itu yang anak dan ibu tak dapat. kita akan lebih rapat dengan anak kalau bersentuhan kulit terutama bila menyusu.  Rasa sayang tu akan lebih melimpah ruah kerana terasa anak dekat dengan kita.. kalau bagi botol, sape2 pun boleh bagi.  owhh yaaa kalau setakat sayang breast so takmo direct feeding, tak cukup kukuh untuk jaga badan.. baik toksah mengandung terus.. elok je perut tu tanpa stretch mark. 

Cerita keempat - Jangan hanya bagi susu badan untuk tempoh terlalu lama

B: Anak u dah berapa bulan?
A: Nak masuk 5 bulan (pada ketika perbualan ini berlaku)
B: ehh u breastfeed kan? U jangan bagi susu badan sampai dia 2 tahun tau
A: Kenapa ye?
B: Cukup sampai 6 bulan saje. lepas tu, biar dia take over dia punya body sendiri.. kalau terlalu bergantung pada susu badan, nanti bila u dah stop, antibody dia tak kuat sebab terkejut dapat susu formula.  so biar dia develop naturally.
A: ok... 

Rumusan: Petua ni first time saya dengar. Mungkin saya tak sehebat mana nak bagi anak saya fully breastfeed tanpa campur dengan susu formula sehingga dia 2 tahun.  Tapi saya akan pastikan anak saya dapat susu badan selama yang mungkin dan bila dah campur pun, saya akan terus menyusukan dia sampai 2 tahun.  Tentang antibody tu kan, saya agak tak setuju dengan dia. Bagi saya, dalam usia bayi yang terlalu muda, tak sepatutnya saya biar dia berdikari dan biarkan badannya bekerja sendiri untuk menahan segala penyakit.  Sape cakap anak yang menyusu badan ni tak akan demam or sakit2 yang lain.. kalau dah nak sakit, apa kita boleh buat kan.. tugas kita bagi yang terbaik je laa supaya dia cepat sihat.  Situasi ni ibarat, anak yang baru nak masuk sekolah kena menguruskan dirinya sendiri... pegi bayar yuran sendiri, beli buku sendiri, beli uniform sendiri, sume sendiri... haru kan... bukan sepatutnya semua tugas tu ibu bapa yang buat?... lain laa kalau dah masuk kolej kan... ;)

Ok laa... semua yang terjadi ni berdasarkan pengalaman saya sendiri. Mungkin banyak lagi salah faham dalam isu susu badan ni.. kalau uolls ada pengalaman, boleh la share kat sini... :) sama2 kita kongsi.  

owhhh yaa pada sesiapa nak ebook tentang pengurusan EBM dengan betul, boleh la dapatkan di 
Mama Jambu.  Sangat mudah penerangan dia... senang nak faham bagi yang masih baru dalam pengurusan EBM.


Thursday 8 January 2015

Budak ni 5 bulan esok - 9 January

Salam

Esok Safiyya genap 5 bulan.  Kejap je besar budak tecik ni.  Rasa macam baru je abis pantang... huhu.  Muka dia pun dah banyak berubah dari bulan ke bulan. Skang ni dah pandai meniarap dan dah start mengesot kebelakang.  Fiyya ni senang ramah dengan orang.  Kalau orang acah2 dia, kemain lagi respon nye.  Dah boleh main sendiri tapi tak boleh lama laa dan sangat enjoy tengok Baby TV #618 astro tu.   Kalau dah nangis sikit2 tu, cepat2 la attend dia.  Kalau tak, dia akan menangis sekuat hati.  Sabor je laa... macam kena cubit.  Dengan abang dia pun makin mesra.  Dah pandai mengusik abang.  Tarik telinga laa, cuit2 orang tu laa... Dengan papa pulak dah semakin terserlah manja dia.  Nak jadi Daddy's Girl  agaknya... Bagus la tu sebab personaliti anak perempuan yang sangat rapat dengan bapa lebih menyerlah dan confident level dia tinggi.. Nanti kita buat entri asing ye pasal Daddy's Girl ni. 

Ok laa... kita layan gambar dulu... daaa






Dua Ribu Lima Belas

Salam...

Dah hari ke 8 pun kita dalam tahun 2015 ni... baru la sempat nak buat entri... Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pembaca ayumieka.blogspot.com.  yeahhh (dush dush dush - bunyi bunga api).


Dalam kita berghairah mengatur segala perancangan untuk tahun ni, jangan la lupa pada yang berada dalam kesedihan.  Seperti yang kita maklum, pelbagai peristiwa yang meruntun hati berlaku pada tahun  2014.  Peristiwa yang sangat menginsafkan dan menyedarkan kita bahawa ada Pengatur yang lebih bijaksana.  Semoga semua mangsa yang terlibat, lebih tabah dan menerima ketentuan -Nya...

Ok laa... setakat ini dulu. semoga anda yang membaca entri ini memperoleh rahmat-Nya dan happy2 selalu... muahmuah.