Friday 8 January 2016

Kenapa pilih Tadika ABS Bandar Saujana Putra

Salam....

Hari ni hari terakhir minggu pertama persekolahan... 

Dan saya masih tak habis lagi dengan entry2 tentang sekolah Danial n Safiyya... huhu

Baru seminggu dan saya masih tengah cuba untuk mengatur masa agar lebih teratur dan tak kelam kabut setiap pagi.

Anak baru masuk tadika, mak dah kelam kabut. huhu... belum lagi masuk sekolah kebangsaan... 

Ye laa dari tadika la kita menjinak jinakkan diri utk adapt dengan situasi bila anak dah sekolah betul2 nanti.... kan...

Bercerita tentang anak masuk sekolah ni, ramai je yang up status masing2 kat facebook gambar anak2 1st day at school...

Itu satu golongan.

ada juga golongan yang seolah mengejek ibu bapa yang terlalu nak tayang cerita anak pegi sekolah. 

aduhhh kenapa la diorang ni.  suka hati masing2 la nak tayang ke, nak sorok ke... tu kan anak masing2.

Tapi bagi saya, lebih suka tayang anak kat blog.. haha... rasa macam lebih privacy.. eh eh.. blog tak private macam mana boleh kata privacy... maksud saya ialah, follower kat blog ni lebih kepada orang yang kita tak kenal.   Boleh jadi mereka suka membaca cerita kita kerana perjalanan hidup mereka yang lebih kurang sama atau kita adalah blogger famous amous yang mana setiap entry tu sering mendapat traffic yang tinggi. ( ok, ini bab perasan.. haha)... Tapi kalau facebook tu kebanyakannya adalah kawan yang kita kenal.  Jadi kalau hari2 muka kita je upload gambar, sila hide beramai2 ye... 

psst psst... saya bukan blogger famous...


Ok berbalik kepada tajuk asal...

Kenapa ye saya pilih sekolah ni berbanding sekolah lain??

Meh saya cerita sikit

Tetapi sebelum tu, meh saya terangkan sikit apa makna ABS tu... dulu yang saya tahu ABS adalah singkatan kepada Ainon Business School... haa sape laa yang tak kenal Puan Ainon Mohd pengerusi PTS Media Group iaitu salah satu syarikat penerbitan buku terbesar di Malaysia... sangat memberi inspirasi terutama bagi mereka yang mahu berjinak2 dalam dunia perniagaan.  

Dan sekarang ia dihuraikan kepada:


AKTIF : Mewujudkan suasana seronok melalui Teknik Nabi

BIJAK: Menerapkan kepintaran sosial dan nilai keusahawanan

SANTUN : Melahirkan generasi yang berbahasa dan berbudaya tinggi

Untuk lebih mengenali konsep ABS ni boleh terus ke website TADIKA ABS


Dan di sini saya lampirkan serba sedikit konsep yang diangkat oleh Tadika ABS.

sumber: TADIKA ABS BSP





Perkara yang menguatkan keputusan saya ialah modul keusahawanan tu... Bagi saya ia merupakan konsep yang sangat bagus dan boleh mendidik anak2 agar lebih menghargai wang.  

Kang ada yang kata, dah kecik2 asik fikir berniaga n cari duit dah takmo belajar... aduhhh kalau ada yang fikir macam tu, sila hantuk kepala sendiri kat dinding... 

Konsep macam ni la bagus sebab mereka akan lebih faham yang kat dunia ni semua benda yang kita nak kena la usaha... tapi nak usaha cari duit tu mesti kena dengan gaya... baru la berkat.

Selain itu, kalau nak pilih sekolah yang bersesuaian kena la tahu apa yang sesuai dengan anak kita. Kalau nak fully english, cari la sekolah yang base dia english jgk.. kalau mahu 100% pelajaran Al-Quran, ada je sekolah yang offer konsep macam tu.  Kalau nak anak kita seimbang dunia akhirat pun banyak juga sekolah yang berkonsepkan macam tu.  Kalau nak sekolah ala2 international pun boleh... Jadi pilih la sendiri... 

Dan ini Danial 

moncong je... 

Ni bila suruh senyum...

Masih sugul nak kesekolah... tapi mujur kejap je...  Bila dah masuk kelas, dia ok je... Cuma time nak menghantar tu mesti ada adengan peluk kaki takmo masuk sekolah... hmmmm 

Tapi feedback yang saya dapat, Danial ok je kat sekolah... cuma time hantar tu je dia buat muka.

Notakaki: Kejap je masa berlalu,... tahu2 dah masuk sekolah..

3 comments:

  1. terima kasih... ada jugak jugak review pasal tadika di BSPA.. nak cari untuk anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2... sekarang ni mampu review apa yang Tadika ABS tu offer je... tunggu setahun atau paling cepat pun 6bulan nanti baru review hasil nya pulak...

      Delete