Tuesday 5 April 2016

Menjadi ibu bukan perkara yang mudah

Salam....

Lama betul tak update blog.  Rasa mcm banyak benda nak tulis tapi tak terbuat.  Bila ada baby ni masa bersendiri tu sangat terhad. Masa baby tido tu la  banyak keje rumah nak kena buat.  Ceh ceh salahkan baby pulak. Hehe.. Baby kan perlu extra care.  Lagi pulak leka main dengan baby ni. Syok dapat belek2 dia, sembang2, usik2 sampai dia nangis... huhu. 

Bulan lepas mama saya datang ke sini.  Banyak la yang kami bualkan.  Lepas tu mama pun share pengalaman dia masa kami 4 beradik kecik2 dulu.  Oleh kerana mama bekerja, jadi saya dan adik dihantar ke rumah org utk dijaga.  Bukan org lain pun tapi ibu saudara saya iaitu kakak abah.  Ada masa2 ketika mama menghantar kami, mokwe (panggilan kami kpd ibu saudara) akan menangis kerana kasihan tengok kami yg terpaksa ditinggalkan kerana mama nak pergi kerja.  Mama yang hati kering tu pun tenteram kan mokwe... 'Nak buat macam mana... dah kena kerja'...

Tetapi.... bila sekarang saya dah ada anak ni, mama pulak yg sedih bila saya terpaksa hantar anak iaitu cucu2nya ke taska untuk dijaga.   Mama cakap 'Baru sekarang mama faham perasaan mokwe tu...' owhh yaa mokwe saya ni dah lama meninggal. Al-fatihah.

Tu laaa kehidupan... ada ibu yang terpaksa berkorban perasaan menghantar anak pada pengasuh or taska dan keluar bekerja untuk menampung keperluan keluarga.  Ibu yang menjadi suri rumah juga berkorban.  24jam kehidupannya menguruskan anak2 dan suami.  Menjadi ibu bukan senang. Kita akan sentiasa dikritik dengan setiap tindak tanduk kita.  Ramai je yang suka memberi panduan itu ini tanpa berada dalam situasi kita.  Jadi sebagai ibu kenalah bijak untuk menangani segala masalah.  Jangan biar orang lain yang mempengaruhi kehidupan kita dalam membesarkan anak2.  Tapi tak semestinya tak nak dengar nasihat langsung. Tu bodoh sombong namanya. Cuma pandai2 la tapis mana yang perlu dan tak perlu.

Berbalik kepada luahan mama saya tu.  Mana ada ibu yang tak sedih hantar anak kat orang lain.  Kan kan... saya cuma cakap kalau diberi peluang, ayu nak berhenti keje je.... jaga anak sendiri.  Masak untuk diorang, sambut balik sekolah, makan sama2... hmm best2...

Oklahhh nanti kita cerita2 lagi... daaa

Notakaki: Baby Shawqi dah 2bulan lebih... nanti giliran dia pulak nak dihantar ke taska.  Take care ye sayang...