Tuesday 17 May 2016

Episod berpantang sendiri sudah bermula... Sedikit tips dan panduan.

Salam...

Entry ni sepatutnya saya nak publish masa cuti berpantang hari tu.  Tapi macam takde seru nak mengarang. Nak kata takde masa langsung tu tak jugak cuma mood tak datang2...

Seperti yang sedia saya ceritakan dulu, untuk berpantang kali ni saya memilih untuk terus tinggal di rumah sendiri.  Dengarnya macam susah tapi tak la seteruk mana sebab saya dah pun memilih Confinement Lady untuk tinggal bersama saya selama 21 Hari... *bab CL ni saya akan cerita dengan lebih lanjut di lain entry.

Bab berpantang sendiri yang saya nak share ni adalah selepas tamatnya tempoh perkhidmatan CL di rumah saya...

Fuhhh memang tiba2 terasa pecah peluh lemak bila terpaksa buat semua sendiri.  Sebelum ni ko hanya relax2 sambil belek baby je dan sekarang, masak, membasuh, mandi baby, semua sendiri.  pakai bengkung yang ikat2 tu pun sendiri.  Nak buat semua ni kena pandai curi masa dan setiap kali baby tido tu laa yang kena pulun buat keje.

Rutin saya sebagai ibu berpantang sendiri

sebelum pukul 7.00 pagi saya bangun dah.  masa bangun tu selalunya baby pun terbangun sekali, kita bagi dia susu kenyang2 pastu tukar kan diapers dia.  Pastu confirm baby tido dengan selesanya...
Sebelum buat keje lain, tadah air siap2 untuk masak air herba kemudian kejut anak2 yang lain bangun tido, bagi mandi dan siapkan mereka untuk kesekolah.  Owh yaa... jangan lupa rebus herba tu siap2 ye.. nanti sambil2 buat keje tu boleh minum dah.. saya guna Akar Herbanika NR + halba. 


Halba

Selesai je bab anak sekolah, saya terus ke dapur untuk sarapan.  Hanya kopi o cicah biskut.  Tapi sebelum makan tu, saya akan ambil segala herba atau jamu yang saya amalkan untuk tempoh berpantang ni.  Saya amalkan Phytonatal 3biji dan satu sudu Madu Tenaga Segar NR yang di sulam bersama air Akar Herbanika NR

Pukul 8.00 pagi tu baru saya mandi.  untuk 20 hari ke atas saya dah tak mandi herba jadi masa persediaan untuk mandi tu boleh di pendekkan.  .  Lepas mandi, lulur satu badan tanpa bilas.  Lulur ni berfungsi sebagai param juga yang mampu mengekalkan kehangatan badan.  

Masuk je bilik tengok baby dulu.. kalau dia masih tido, teruskan memakai ubat barut dan bengkung la cepat... nak mudah pakai sambil baring bagi memastikan perut rata dan bengkung diikat sama rata ketatnya. Jangan lupa pakai pilis dan minyak panas di tapak kaki sebelum pakai stokin.



Sebelum pukul 10 pagi tu saya akan pastikan baby telahpun mandi.  Lepas tu boleh la bagi susu sampai dia tido untuk sesi seterusnya..

Time baby tido tu laa saya menyibukkan diri di dapur.  Masak nasi (untuk seorang makan) dan masak lauk pantang yang simple2.  kalau nak cepat, pastikan ikan telah pun dibersihkan dan juga kalau ada masa, bawang tu kopek banyak2 sikit dan simpan dalam peti ais.  nanti nak masak senang.  Sayur pun saya masak jugak.. untuk berpantang kali ni saya memang pilih sayur yang mudah iaitu brokoli, carrot dan sawi..  ini je la favorite saya pun.  tumis2 lebih kurang dah siap untuk di makan.  menu ikan pun saya buat yang simple2. sup, bakar or kalau malas sangat goreng je.

lepas masak, tu intai2 la baby kat bilik kalau dia ada tanda2 nak bangun tu, jangan la makan dulu, nanti kang tengah makan terkejar2 nak tenangkan baby.  Tapi selalu je jadi macam tu. huhu... Pandai2 la urus masa... Mula2 tu memang kelam kabut sikit tapi lama2 baby tu mcm tahu je waktu tido dia.  Habis je mak dia makan, dan dan dia bangun... (haihhh tak sempat mak nak berfacebook kejap sambil baring2 kat sofa...) 

Selalu lepas tengah hari, anak saya ni susah nak tido.  Jadi saya bentang tilam depan tv dan baring2 dengan dia kat situ.  Sambil2 bagi susu tu boleh la layan segala cerita yang ada kat astro ke or belek2 handphone ke...  Ada orang kata masa berpantang tak digalakkan menatap handphone.  Nanti boleh effect mata.  hmmm memang betul pun.  Ada sekali tu kerana asik dengan handphone, urat mata saya tiba2 berdenyut.  Tapi kalau tak bersalin pun bukan nya elok menatap handphone tu sangat.  kan kan... cuma time berpantang ni, urat sangat sensitif... jadi kejadian urat berdenyut tu ada la relevan nya bila orang larang tu. Jadi berpada2 la apa yang kita buat tu.  Kalau dapat tido kejap tengah hari tu pun bagus.  

ok sambung cerita rutin pantang... lebih kurang pukul 5.30 petang tu saya akan siapkan baby untuk mandi petang pulak.  Dalam tempoh 44 hari berpantang ni, baby tak boleh la mandi lewat2 senja sangat.  tak elok untuk dia.. sama la jugak dengan ibu yang berpantang tu... bersejuk2 sangat la tak sesuai.  oleh itu paling lewat untuk ibu berpantang mandi tu pukul 6.30 petang.. andaikata la tak sempat sebab baby takmo tido or nak mengempeng (menyusu) je... saya tak mandi la petang tu.  

Berpantang pada musim panas tu memberi kelebihan pada ibu tu sebenarnya.. mungkin ada yang merungut kerana rasa terseksa.  Tapi bagi saya, ia akan membuatkan saya sentiasa berada dalam keadaan berpeluh yang baik untuk membuang segala angin meroyan dalam badan.  Badan pun boleh susut dengan cepat. huhu...  Jangan kata saya tak bukak kipas langsung... saya tetap on kan kipas, tapi bukan untuk mengadap angin tu, cuma nak pastikan udara dalam rumah nyaman.  peluh tetap peluh... 

Sepanjang 44 hari tu, gigih la saya pakai bengkung 24jam... masa mandi je tak pakai. pakai pilis, pakai stokin, pakai kain batik, minum herba, buat air cebok, takde la extrem sangat cuma buat selagi boleh. malam2 pun tahan je tido tak pasang aircond... ehhh bukan la tak pasang langsung... sebelum tido tu, saya akan pasang aircond untuk nyaman kan bilik dan bila dah rasa mengantuk tu, terus off.  lagi pulak saya tido bilik asing dari anak2 lain dan suami, so nak panas ke sejuk ke, saya control sendiri. 

Dalam banyak2 kat atas ni saya tak cerita pun pasal tungku... Sepanjang menggunakan khidmat CL, dia yang tungku kan saya guna batu sungai.  Tapi bila dah start buat sendiri, saya hanya guna tungku elektrik. Lebih praktikal bagi saya...

Masa baring2 tu, rajin2 la bertungku... kalau dah lenguh tangan, letak je celah kaki dan selimut... rasa cam sauna... 

Itu laa serba sedikit cerita rutin saya sepanjang pantang.  boleh la kalau nak dibuat panduan bagi yang first time tu...  Mana2 yang kurang tu, maaf kan la saya...

#sayyestopantang

Notakaki:  44hari tu masa nak start memang rasa lambat... tapi bila dah sampai pertengahan, eh eh... dah nak habis pantang. 

2 comments:

  1. tahniah dpt baby baru.. selamat berpantang jgk.. rajin awak pakai bengkugn 24jam.. so, CL awak pilih dari mana ye? sy dok google2 ni,asyik keluar blog awak je.l. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih... dah abis pantang dah sekarang ni. baru minggu lepas masuk keje. Untuk berpantang kali ni saya pilih Natalis. Xsempat nak review panjang lebar lagi. tapi secara keseluruhannya CL yang dia hantar tu bagus laa...

      Delete