Tuesday 22 November 2016

Fantasi vs REALiti

Salam

Saya selalu berangan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.  Saya tak sangka yang kerjaya suri rumah ni merupakan impian saya sebenar2nya.  Kalau dulu masa time belajar menjadi seorang berkerjaya adalah impian terulung termasuklah berpendapatan tinggi.

Apa nak buat... masa dan situasi mengubah persepsi seseorang tentang matlamat hidup.  Keluar bekerja, menerima gaji bulanan bukan lagi keseronokan saya... haihhh kalau la dapat, rasa nak berhenti kerja sekarang jugak... hehe... Tapi setiap orang tu ada sebab dan alasan yang tersendiri kenapa dia perlu bekerja dan terus bekerja...

Ok, kita lupa dulu tentang impian nak jadi surirumah tu.

Tapi masih bab berangan... hehe... alaa bukan kena bayar pun kalau berangan. kan kan..

Saya suka tengok Food Network Channel HD.  Style betul cara diorang masak dan saya pun start la berangan nak jadi macam Giada, Barefoot Contessa, Ana Olson... Seronoknya kalau pandai masak macam diorang tu.

Ini la fantasi saya...


Giada at Home

Barefoot Contessa

Bake with Ana Olson
Lagi sorang chef saya suka ni...

Martha Steward

Best kan kalau pandai macam diorang nih..  

Tetapi hakikatnya...

Saya kat dapur dah macam tak senang duduk.  Tengah2 masak, dentam dentum pintu peti ais dikerjakan dak Safiyya.  Sibuk dia menyelongkar makanan2 yang saya sorok dalam tu.  Tak cukup dengan tu, Shawqi pulak menangis mintak dukung... Puas dah rasuah dengan biskut, dia buang2 je untuk tunjuk perasaan.  

Last2 macam ni laa... sebelah tangan buat kerja, sebelah tangan dukung budak ni.



Macam tu laa kisah hari2 minggu saya kalau kat rumah.  Semua kerja kena buat terkejar2... Kalau salah seorang tido, baru la lapang sikit.  Itu pun bukan boleh rehat tapi itu lah masanya saya nak basuh pinggan, sidai baju, sapu sampah, mop lantai dan segala tok nenek keje rumah yang tak pernah habis...

Walau apa pun bebelan saya tentang kerja rumah, impian saya masih nak jadi suri rumah.. ajaib kan.

hew hew hew

Notakaki:  Shawqi dah boleh merangkak dengan jayanya malam tadi... 21Nov2016

No comments:

Post a Comment