Wednesday 21 December 2016

Review : Setelah Setahun di Tadika ABS Bandar Saujana Putra -----{@ PART 1

Salam...

Cuti sekolah dah pun bermula dan berakhirlah sesi persekolahan 2016 Danial di Tadika ABS Bandar Saujana Putra bagi kelas 5 Tahun.  

Jom kita recap balik aktiviti sepanjang sesi 2016.  Ini merupakan kali pertama Danial ke sekolah di mana sebelum ini dia hanya tinggal di rumah pengasuh dari baby sampai la 4 Tahun. 

Sekolah memang asing bagi Danial dan untuk serasi dengan rutin baru tu, memang ambil masa.  Tetapi Alhamdulillah sebab tak la lama sangat untuk dia sesuaikan diri. Walaupun tak lama, puas la adegan air mata depan pintu sekolah... huhu

1st day at school... muka tak senyum langsung

Sebelum bermulanya sesi persekolahan tu ada kelas percubaan.  kira macam orientasi jugak la kat Danial... 




Debaran makin terasa... hari pendaftaran untuk sesi 2016 (Yuran Sekolah Tadika ABS BSP)



Aktiviti cuti sekolah hujung tahun 2015 sebelum bermulanya sesi baru
Bermula la episod baru sebagai murid tadika.  Masa saya tadika dulu tahun 1986, sekolah tadika ni macam sekolah untuk main2 je laa... Masa zaman tu mana ada tadika 4,5 tahun ni... semua start pada umur 6 Tahun.  Tetapi sekarang zaman makin mencabar dan pendidikan formal dah pun bermula awal.  Apa nak buat, kena la ikut peredaran zaman.  Sebagai anak yang hidup zaman nak cepat je ni, kena la Danial ke sekolah seawal 5 Tahun.  Itu pun saya dah rasa lambat dah. 


sekarang dah improve dah cara dia pegang pensel.

Pemeriksaan kesihatan dari Klinik Kesihatan Kerajaan Jenjarom 


Ni aktiviti buat play doh sendiri... Hari2 dia tuntut saya buat kan playdoh.  Sebenarnya saya dah try buat tapi tak jadi... haha.. teruk betul.  Cepat2 buang sebab malu. 

Hari Konsultansi Ibu Bapa 2016  yang pertama.  Tahu pulak dia duduk senyap time tu... huhu 
Tadika ABS Bandar Saujana Putra ni juga menyediakan perkhidmatan day care untuk murid2 dia. Ini bermakna bagi ibu bapa yang bekerja, tidak perlu lagi risau mencari transit untuk anak2 mereka yang bersekolah di sini.  Habis je waktu sekolah separuh hari, terus mandi tukar baju dan stay kat situ.  Yang bagusnya, waktu terluang tu tidak dibazirkan begitu sahaja.  Ada pembelajaran amali solat serta iqra dilakukan... 

Jadi masa cuti sekolah, Danial tetap saya hantar ke situ sebagai daycare.  Sudah pasti cuti sekolah dipenuhi dengan aktiviti yang mengembirakan... Antaranya ialah berbasikal, mandi kolam, picnic, bermain di taman permainanan berhampiran.  Kalau masa bulan puasa, ada aktiviti mengedarkan buah kurma pada penduduk setempat. 






Sekolah 5hari seminggu akan buat murid2 mudah jemu.  Jadi sambutan untuk hari2 istimewa, lawatan, aktiviti luar kelas akan buat kan diorang seronok ke sekolah.  Sambutan Hari guru, Hari Kebangsaan tu memang aktiviti wajib setiap tahun.  Secara tak langsung diorang akan belajar sesuatu bagi setiap sambutan yang dilakukan.  Jamuan hari raya tu memang dah wajib.  Jangan kata budak kecik, orang besar pun excited kalau ada makan2 macam ni.. hehe... hmmm kambing golek...

Ini antara aktiviti sepanjang tahun 2016

Sambutan hari raya Tadika ABS  Bandar Saujana Putra


Sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos di Tadika ABS... 

Simulasi Haji Cilik di Masjid Shah Alam 
Bakal Haji...hehe
Tapi sebelum tu kursus haji dulu.  

Setakat ini dulu part 1 kisah Tadika ABS ni, sequel ke-2 akan menyusul... Tunggu

Kredit Gambar : Tadika ABS Bandar Saujana Putra

Sambungan cerita PART 2 nya dah ada... sila la click ye untuk kesudahannya.. :)

Notakaki: Selain sekolah yang bagus, hubungan ibu bapa dan para guru juga tak kurang penting nya... Jadi, binalah hubungan yang baik demi kesejahteraan anak2 anda... :)

No comments:

Post a Comment