Tuesday 31 January 2017

Cara nak elakkan rasa panas pada jari lepas proses cili kering

Salam...

Ramai orang suka makan pedas.  Kalau boleh hari-hari nak makan ayam masak merah laa, sambal tumis ikan bilis la, paling teruk pun sambal telur rebus.  Ketiga-tiga menu ni menggunakan cili kering dimana tidak semua orang suka proses penyediaannya.  Nak masak tu ok tapi bila nak sediakan cili kering yang siap dah blender tu agak leceh.

Bukan kata kat orang lain tapi memang tuju kat diri sendiri.

Mari saya senaraikan kenapa saya tak suka nak proses cili kering tu

🌶kesan panas pada jari yang sukar nak hilang
🌶nak potong satu-satu cili dan kena buang biji   pulak...
🌶berair mata macam nangis kena marah
🌶bersin tanpa henti akibat bau yang terhasil ketika merebus cili kering
🌶meninggalkan kesan pedas pada blender

😂😂😂 kalau dah malas tu banyak pulak idea dia ye.

Oleh kerana sebab diatas tu la saya happy sangat bila ada orang jual cili kering siap proses (homemade).  Bila dah kata homemade tu memang tiada bahan pengawet atau perasa tambahan seperti yang banyak dijual di hypermarket.   Bukannya saya tak pernah cuba beli cili giling pelbagai jenama tu tapi rasa dia satu macam dan tak sesedap kalau guna cili kering yang dikisar sendiri.  Tapi satu je homemade ni, jangka hayatnya tak lama... jadi bila dah beli tu jangan biar lama sangat dalam peti.  satu bekas tu untuk 3-4 hari ok laa (kalau dah buka) 

Bagi menjawab soalan cara hilangkan rasa panas kat jari tu, beli la

ZD Fresh Homemade Chilie Blend
(Info pada gambar)
ZD Fresh Homemad Chilie Blend
Instagram: zd_chilie_blend
Whatsapp: +60 19242 9020 

Notakaki: kalau laki hangpa hari-hari suruh masak sambal, memang sesuai sangat benda ni. Lain la kulit hangpa tebai... hehe..

Friday 27 January 2017

Kenapa berhenti berdoa

Salam,


Adakalanya kita terasa seperti terlalu banyak dosa lantas malu untuk meminta lagi pada Allah.  

Adakalanya kita terasa putus asa kerana doa kita masih tidak dimakbulkan

Itu lah rasa yang Syaitan mahukan. 

Apabila ada hambaNya yang putus asa dengan Allah.  


Say, "O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah . Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful." Quran 39:53.

Sedangkan iblis juga berdoa dan Allah makbulkan.  Apakah kita lagi teruk dari Iblis?

Yang terbaik bukanlah orang yang kurang berdosa tetapi siapa yang lebih kerap bertaubat dan memohon keampunan dari Allah.  

Jangan putus asa... teruskan berdoa.


Sumber: Ariba Farheen 

Notakaki: Salam Jumaat

Mary Jardin - Produk penjagaan kulit dari bahan organik yang beraroma lavender

Salam

Ini lah koleksi Lavender Garden Mary Jardin



Mary Jardin adalah set penjagaan kulit berasaskan bahan semulajadi dan organik yang mampu mengurangkan masalah kulit berjerawat termasuklah kulit sensitif.  Beraromakan lavender yang menenangkan jiwa sekaligus merawat kulit secara semulajadi.  

3 produk utama dalam range Lavender Garden ni

Facial Soap
Face Oil

Clay Mask


Jenama Mary Jardin ni masih baru sangat-sangat.  Kalau baby tu kira masih dalam tempoh pantang laa.  Tetapi keberkesanan produk ni dalam merawat pelbagai masalah kulit dan tersebar merata-rata.  Ramai yang baru cuba dah berebut nak jadi agent termasuk lah saya.  Untuk mengetahui fungsi dan peranan setiap produk ni nanti saya cerita dalam entry yang akan datang.  

Ni antara favorite Question and Answer bagi produk Mary Jardin







Notakaki:  BUY NOW. PREORDER ONLY

Ada promosi sekarang ni.... 

Jom

Whatsapp: 017-4646225 atau;

Email : ayumie.hamizun@gmail.com

Friday 20 January 2017

Pelajaran yang berguna untuk hindari STRESS

Salam

Dah tiba-tiba cerita tentang stress ni kenapa.  hehe.. 

Betul la kata orang selagi kita bergelar manusia, stress atau tekanan memang tak boleh nak elak.  Terpulang la kepada kita nak hadapi macam mana.  Kalau kita terus-terusan membiarkan stress tu dalam diri kita tanpa berbuat apa2, akan memberi kesan yang tidak elok.  Ada orang sampai jatuh sakit dan ada juga sampai kemurungan berpanjangan.  

Walaubagaimanapun, stress ni bukanlah semua tak elok.  Ada stress yang memberi kesan positif kepada kita yang dinamakan "Eustress" di mana ia merupakan ransangan kepada kita untuk lebih berjaya.  Contohnya tekanan untuk score dalam exam.  jadi kita akan belajar bersungguh2.  Manakala stress yang  buruk tu dinamakan Distress yang selalunya menjurus kepada kemurungan.  

Berikut adalah definisi Stress oleh Dr. Hans Selye iaitu pengasas kepada teori stress

" suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya"

Sumber : Dr Danial 


Bila fikir2 balik, baik buruk stress ni terpulang kepada penerimaan kita.  Kalau kita anggap ia buruk, dahsyat la kesannya.  Tetapi kalau kita rasa ia batu loncatan untuk menggerakkan kita melakukan benda yang baik maka jadi lebih baik la diri kita.  Apa pun meh saya share satu video yang  berkaitan dengan stress  



Apa yang boleh kita belajar dari video ni?

Pelajaran utama adalah, sekiranya anda dilanda stress akibat sesuatu,  cepat-cepat atasi masalah itu. Maksudnya hadapi dan selesaikan (buang stress) berbanding kita lari dari masalah yang menyebabkan kita 'mengendong' stress itu selama2nya. Saya dah alami jadi saya tahu apa rasanya... sedih ya amat... haihhh



Notakaki: Saya bukan pakar hilangkan stress.  saya juga manusia biasa yang tak terkecuali dari stress. 



Cabaran ibu bekerja yang nak mula bisnes online.

Salam

Bisness online ni bukan la benda baru kat negara kita ni.  Ada orang jadi jutawan dah pun dan ada orang yang berangan nak jadi jutawan tapi tak start2 pun bisnessnya... haha.. tu la saya.

Bisness online ni bukanlah mudah seperti yang orang sangkakan.  Ibarat kita bukak kedai 24 jam tanpa henti.  Ada je yang message malam2 dan kita ni pun ada commitment lain yang perlu dibereskan.  Tapi bila kita dah pun berada dalam 'laluan' tu kita kena cepat2 biasakan diri kita.  Jangan sampai pelanggan marah kerana tertunggu2 respon dari kita dan jangan sampai anak2 dan suami pulak menjeruk rasa sebab kita asyik pegang phone.  PERSEFAHAMAN sangat penting. 

Bila saya kata benda ni bukan mudah, bukan la ia susah selamanya.  Banyak dah teknik yang boleh kita belajar dalam memasarkan produk atau servis kita secara online. Ada tahap beginner, ada juga yang tersangat advance.  Bila dah advance tu, yurannya mesti la mahal tetapi berbaloi dengan apa yang peniaga akan dapat kembali.  


Masa anak sorang dulu, saya penah buat bisness online menjual baju melayu budak.  Sambutan dia tu boleh laa dan sesuai jugak dengan effort dan modal saya waktu tu.  Takde basic pun nak meniaga masa tu dan main hentam je.  Saje nak cari pengalaman dan Alhamdulillah teruk2 pun bergerak jugak la stok2 baju yang ada.  Bila dah lama stop saya teringin balik nak buat.  Bagi saya, kalau dengan usaha yang sedikit tu pun ada orang beli, ini kan pulak saya bagi habis2an.  Cuma bila fikir balik, ada masa ke saya nanti.  Terus terang saya cakap rutin harian saya memang ketat.  Menguruskan 3 orang anak yang masih kecil menuntut kesabaran yang tinggi dan penattttt.  Dah tu macam mana pulak nak melayan sosial media yang merupakan sumber rezeki saya.  

Bila fikir2 balik, saya rasa ni semua alasan.  Saya perlu buat sesuatu untuk menambah pendapatan keluarga.  Sebab tu la saya buat keputusan untuk mula berniaga kembali.  Walaupun masih sangsi dengan situasinya nanti, saya sangat berharap dapat memberi komitment yang sehabis baik.  takkan nak tunggu semua anak dah kahwin baru nak kata saya ada banyak masa.  Orang lain boleh buat, saya pun boleh buat.  kan...

Jadi apa bisnes yang digembar gembur kan tu?? 

Bersempena dengan azam tahun 2017 ni yang nak amalkan hidup sihat serta mencari pendapatan tambahan, saya memilih untuk berniaga  atau lebih mudah lagi jadi agent produk penjagaan kulit yang berasaskan bahan semulajadi.  Ini produknya

Mary Jardin


Nantikan update seterusnya tentang solusi masalah kulit wanita.  Yang pasti ia natural & organic. ;) 

Saya Ayu. Agent MJ cantik anda

Notakaki:  Allahumma yassir wala tu'asir.  Rabbi tammin bilkhoir. Birohmatikaya arhamar rohimin.
(Ya Allah permudahkanlah.  Jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan.  Amin. )


Wednesday 11 January 2017

Berpagi-pagi yang efisyen

Salam...


Awal tahun rata2 semuanya masih bercakap tentang azam.  Nak jadi lebih baik la, nak kurus laa, nak kaya laa, nak kahwin la... hmmm macam2 NAK lagi dalam kepala kita ni.  Saya pun dah buat list untuk NAK saya tu.  Kadang2 rasa macam sama je dengan tahun lepas tapi apa salahnya kan kalau ulang pun.  sebab masih tak tercapai.  

Bagi saya, apa yang paling penting dalam mengubah diri sendiri menjadi orang yang lebih baik ialah buat apa yang penting dan tahu apa yang perlu didahulukan.  Tahu tak, memanfaatkan waktu pagi sebaik mungkin akan mengubah keseluruhan hari kita menjadi lebih teratur.

Kat sini saya nak share sikit apa yang saya jumpa kat pinterest.  Bagus untuk dipraktikan supaya kita mendapat tempiasnya bersama. 


Biar saya ringkaskan sedikit Do This and Do That ni

Manfaatkan diri seawal pagi mampu meningkatkan produktiviti kita sepanjang hari.  itu kata dia..  senang cerita morning person ni selalunya hari dia lebih teratur kerana kerja dapat dilakukan seawal mungkin.  Sebab tu orang tua kata bangun pagi rezeki murah berbanding bangun bila matahari dah meninggi.

Malam sebelumnya

Do: - Prepare segala keperluan untuk esok pagi.  Baju tu iron siap2, termasuklah beg semua dah kemas.  Kalau nak bawak bekal tu siap2 kan food preparation malam tu.

Do:- Rancang pukul berapa nak bangun dan kalau boleh seawal yang mungkin.

Dont: - Off kan segala device electronic anda termasuk tv.  Cahaya dari screen boleh menyukarkan anda tido dan boleh mengganggu kualiti tido



Bila dah bangun

Dont: -  Jangan STRESS!! ini kerana stress akan menyumbang emosi negative dalam diri dan ia tak elok untuk perjalanan hari anda

Dont: -  Snooze.  bila alarm dah bunyi tu sila jangan snooze lagi... ia adalah big NO. U Snooze U Loose

Do: - Rutin yang sama.  Mulakan hari dengan rutin yang sama supaya otak anda terbiasa dengan aktiviti tersebut bagi memudahkan anda mencapai matlamat setiap hari

Do: - Lakukan senaman ringan.  tak perlu lama2, hanya quick stretch.  Senaman membantu anda lebih peka dan bermotivasi

Do: - Gunakan 15minit pertama untuk menyemak To do List hari tersebut.  Senarai ini sangat penting supaya kita tahu apa yang perlu kita kerjakan hari tersebut.

Dont: - Stay offline.  Jangan mulakan pagi dengan scroll timeline kat facebook...ini akan buat kita lebih leka dan membuang masa

Do:- Kerjakan apa yang menjana kreativiti anda kerana ia membantu minda lebih relax

Dont: - Tengok TV... rancangan TV or radio pun akan kacau pagi kita

Do: - Kalau setakat dengar lagu kat radio tu ok... Music adalah ritual terbaik untuk kita lebih fokus

Dont: - Abaikan keluarga.  Sebelum pegi keje tu, breakfast bersama or babai2 la dulu isteri/suami dan anak2.  


Haaa.... tu dia Do and Donts sebelum nak pegi keje.  So apa pulak bila dah sampai office... meh saya ringkaskan lagi;



Bila dah sampai office

Dont:- Jangan jawab panggilan yang tidak berfaedah or start online chat.  Semua ini akan ganggu mood kita.  Check dulu ID caller tu... kalau boss atau client yang call tu jawab la ye.  Latih diri kita untuk bekerja tanpa gangguan dalam tempoh yang lama.

Do: - Lakukan yang penting dahulu... Semak pencapaian setiap hari yang boleh buat kita motivated... Highlight cantik2 apa yang dah habis buat... huhhh baru bersemangat.

Do:- Uruskan masa dengan betul. Atur sesuatu tugas untuk jangkamasa tertentu bagi memastikan semua kerja yang penting dapa dilakukan.  Sebelah pagi tu buat sesuatu yang jana kreativiti... 

Dont:- Kerja yang kurang berfikir nampak lebih relax kan?? tapi ia tak sesuai buat di waktu pagi kerana akan melambatkan kerja yang lebih penting.  Jadi biar otak kita bekerja (berfikir) seawal mungkin supaya hasilnya lebih baik.


haaa kesahnya.... honestly, saya sendiri ada manfaat sikit2 tentang do and dont kat atas ni dan memang ada perubahan hari saya.  selama hari ni main hentam je nak buat apa dulu.  Harap ia juga memberi sesuatu kepada anda semua yang ingin berubah kearah kebaikan.  

Notakaki:  Big no to SNOOzeeee







Monday 9 January 2017

Starting Solid Food... apa yang wajib ada

Salam...

Hari ni kita cerita bab panduan khas untuk ibu2 yang baru ada baby... Saya share ni base on pengalaman saya buat preparation untuk ketiga2 anak ketika mereka dah cukup time nak start solid food.  Untuk info, baby boleh start makan seawal umur 6 bulan ye.  Sebelum tu hanya susu sahaja dan jangan terpengaruh dengan saranan mencampurkan cereal atau biskut dalam susu anak anda untuk bagi dia kenyang.  Organ dalaman baby tak bersedia untuk bekerja keras mencerna makanan yang anda sumbat dalam mulut dia tu.  ok paham? Kalau paham, meh kita teruskan.

Apa yang wajib ada?


1. Food Processor

Avent Food Processor 
Sebenarnya bukanla terlalu wajib food processor ni.  Tetapi dengan adanya dia, akan memudahkan anda untuk menyediakan makanan baby.  Contoh macam brand Avent ni, ada 2 fungsi iaitu steam and blend.  Dengan 1 perkakas je anda boleh sediakan makanan dengan cepat.  Macam saya sendiri, saya guna jenama little bean dan Alhamdulillah ia bertahan sehingga anak kedua. 4 tahun jugak la benda tu bekerja keras dengan saya sebelum tamat riwayat.  Bila dah ada Shawqi ni ingat nak beli satu yang baru tapi rasa rugi pulak sebab dah anak no3 pun.  Jadi saya guna steamer biasa je. Tetapi kalau anda baru ada anak pertama, sila la beli kerana ia pelaburan yang berbaloi dan sangat memudahkan kerja.  


2.  Blender 

Philip 
Tadi kata baby food processor tu dah ada blender, so kenapa nak kena ada blender asing pulak?? Rutin saya bila baby dah start solid ni saya akan sediakan stok untuk 2-3 minggu.  Ini memerlukan blender yang besar dan boleh bekerja keras kerana jumlah sayur atau buah yang banyak.  Kalau saya hanya guna baby food processor tu semata, memang berasap la benda tu.  Pandai2 la agak kalau sayur atau buah tu dalam kuantiti yang banyak, sila la guna guna blender besar.  Owh yaa, sila sediakan blender yang baru kerana blender yang sediakan ada kat rumah awak tu dah ada bau cili bawang semua...


3. Hand Blender
Hand Blender 

hah?? blender lagi.  yang ini adalah option sahaja kerana ia sangat sesuai bila nak travel or nak balik kampung.  Kat kampung tu memang ada blender tapi mak kita dah  buat blend cili kering. :p
Masa belum ada benda ni, saya balik kampung bawak blender besar tu... ish ish sabor je kena gelak.


4.  Food Storage 

Puree yang kita dah siap blend tu seeloknya disimpan dalam bekas untuk sekali makan.  Jangan tuang semua dalam bekas besar dan bila nak makan cedok sikit2.  itu kalau simpan kat chiller, tapi kalau dah di freeze kan camne nak cedok? nak thaw dulu ke? lepas tu nak refreeze balik.  ish ish. salah cara tu. Konsepnya sama macam EBM jugak, dah cairkan tu jgan dibekukan balik...

Jadi cara yang betul diamalkan ialah, dapatkan benda2 ni:

Puree storage

Saya lebih suka guna ni.

Bila dah beku, keluarkan cube2 tu dan label untuk setiap puree.  Jangan lupa tarikh nya sekali

Setiap puree yang kita buat tu ada tarikh luput dia.  Jadi melabelkan tarikh tu penting.  Nak tahu storage duration tu? ni saya share kat bawah ni. 


How long will baby food [cubes] keep in the freezer & refrigerator?
  • Freezer: 3-6 months (ideally use within 1-3 months)
  • Refrigerator (fruits / veggies): 48 hours
  • Refrigerator (meat, poultry, fish eggs): 24 hours

Read more at http://wholesomebabyfood.momtastic.com/freezepage.htm#mm3TTgFmKlXJ5X17.99



5. Food Container

bekas cantik nak bawak pegi rumah pengasuh...
Kalau nak beli bekas nak bawak ke rumah pengasuh atau taska, seeloknya beli la yang macam Thermos tu.  Jadi bubur yang kita masak tu akan kekal suhu dia dan baby pun selera nak makan.  Tak perlu la babysitter susah2 nak panaskan semula.


haaa.. itu lah antara peralatan serta perkakas yang perlu ada bila anak dah masuk fasa solid food.  tak semua yang wajib pun tetapi kalau ada lagi bagus.  selain tu, boleh la beli pinggan mangkuk yang comel2 dan juga sudu makan yang sesuai.  owh yaa.. kalau nak beli high chair tu, tunggu la sampai baby dah boleh duduk.  Sementara tu, baringkan dia je bila nak suap makan or letak atas bouncer supaya kepala dia tinggi sikit. Kang tecekik pulak kalau biar baring camtu je.. huhu

Sekian la perkongsian saya hari ni... Hmm nak resepi tak?  Saya sertakan link2 yang anda semua boleh refer untuk dapatkan idea nak masak apa untuk baby.

sila follow

Facebook Cik Nuie  (banyak ilmu yang korang boleh belajar dari Cik Nuie ni...)

Wholesome baby food

Blog Saya Hot

Facebook Kaka Tango


Label Homemade baby food (post dalam blog ni)

Notakaki: Fasa solid food ni memang menyeronokan kalau kita tahu cara yang mudah. :)


Wednesday 4 January 2017

Apa Maksud Selfie

Salam...

Dah hari ke-4 pun untuk tahun 2017.  Permulaan yang positif untuk tahun baru walaupun disambut dengan bunyi batuk berjemaah... hehe... Takpe2 apa pun bersyukur ke hadrat Allah kerana masih diberi peluang untuk menjalani kehidupan di muka bumi bersama orang2 tersayang serta dapat memperbaiki segala kelemahan diri demi kelangsungan hidup.  ewaaahh 

Bila tahun baru je semua orang akan ada azam baru.  Rata2 saya lihat penuh kat timeline facebook tu diorang share azam masing2.  Semua orang nak jadi lebih baik.  takde yang nak pilih yang tak elok.  Apapun usaha dan tawakal tu penting supaya kita sentiasa berada dilandasan yang betul.  tak lah kita berangan sorang lepas tu tak buat apa2 untuk capai azam tersebut.  lepas tu salahkan orang lain dan banyak lagi lepas tu lepas tu.... 

Bagi saya sendiri, saya tak pilih untuk share secare detail apa yang saya azam kan.  Cukup la saya catatkan dalam diari 2017 sebagai motivasi diri.  Ia sebagai penjanjian diri saya dengan diri saya sendiri.  ishh complicated betul.  hehe... macam tu la saya.  miss complicated.  Tetapi nak juga bagitahu secara umumnya saya mahu jadi lebih baik dari tahun 2016.. hah klise... :)

Owh yaa nak selit sikit cerita tahun lepas (bulan lepas actually)

Saya ada masuk satu pertandingan selfie.  as far as i know, selfie bermaksud ambil gambar sendiri atau definisi selfie yang lebih tepat ialah


Selfie bermaksud mengambil gambar atau wajah sendiri menggunakan kamera atau telefon bimbit tanpa memerlukan bantuan orang lain. Perkataan Selfie ini juga datang daripada singkatan bahasa inggeris iaitu ” Self Potrait Photography”. Dalam erti kata lain, ia merupakan perbuatan individu yang suka mengambil wajah seorang diri dan memuat naik foto tersebut ke laman sosial. Selain itu, si “Selfie” ini juga berharap agar fotonya itu mendapat perhatian umum seperti komen, like dan sebagainya.


Sumber: Apa Maksud Perkataan Selfie Dan Keburukan Tabiat | melvister.com 


Sebenarnya saya ni bukan type of selfie punya orang.  susah nak tengok saya post gambar selfie.  tetapi sebab saje suka2 nak try nasib, saya pun masuk.  Saya tengok ramai yang cuba nasib sebab bukan susah pun syarat dia. Hantar gambar berselfie dengan produk tersebut.  Pemenang akan ditentukan melalui cabutan bertuah.  so ok la kan.  selain tu ada juga kategori gambar selfie paling kreatif.  

Bila dah umum pemenang, ok saya tak menang.  hehe

Pertama sekali tahniah kepada pemenang kerana anda seorang yang bertuah serta tahniah juga pada yang menang kategori kreatif.  

cuma... gambar tu bukan gambar selfie... sebab dia guna photog. 

ok ok positif.. mungkin dia guna tripod and timer  :) 



Notakaki:  Azam tahun baru saya ialah nak berselfie.