Monday 9 January 2017

Starting Solid Food... apa yang wajib ada

Salam...

Hari ni kita cerita bab panduan khas untuk ibu2 yang baru ada baby... Saya share ni base on pengalaman saya buat preparation untuk ketiga2 anak ketika mereka dah cukup time nak start solid food.  Untuk info, baby boleh start makan seawal umur 6 bulan ye.  Sebelum tu hanya susu sahaja dan jangan terpengaruh dengan saranan mencampurkan cereal atau biskut dalam susu anak anda untuk bagi dia kenyang.  Organ dalaman baby tak bersedia untuk bekerja keras mencerna makanan yang anda sumbat dalam mulut dia tu.  ok paham? Kalau paham, meh kita teruskan.

Apa yang wajib ada?


1. Food Processor

Avent Food Processor 
Sebenarnya bukanla terlalu wajib food processor ni.  Tetapi dengan adanya dia, akan memudahkan anda untuk menyediakan makanan baby.  Contoh macam brand Avent ni, ada 2 fungsi iaitu steam and blend.  Dengan 1 perkakas je anda boleh sediakan makanan dengan cepat.  Macam saya sendiri, saya guna jenama little bean dan Alhamdulillah ia bertahan sehingga anak kedua. 4 tahun jugak la benda tu bekerja keras dengan saya sebelum tamat riwayat.  Bila dah ada Shawqi ni ingat nak beli satu yang baru tapi rasa rugi pulak sebab dah anak no3 pun.  Jadi saya guna steamer biasa je. Tetapi kalau anda baru ada anak pertama, sila la beli kerana ia pelaburan yang berbaloi dan sangat memudahkan kerja.  


2.  Blender 

Philip 
Tadi kata baby food processor tu dah ada blender, so kenapa nak kena ada blender asing pulak?? Rutin saya bila baby dah start solid ni saya akan sediakan stok untuk 2-3 minggu.  Ini memerlukan blender yang besar dan boleh bekerja keras kerana jumlah sayur atau buah yang banyak.  Kalau saya hanya guna baby food processor tu semata, memang berasap la benda tu.  Pandai2 la agak kalau sayur atau buah tu dalam kuantiti yang banyak, sila la guna guna blender besar.  Owh yaa, sila sediakan blender yang baru kerana blender yang sediakan ada kat rumah awak tu dah ada bau cili bawang semua...


3. Hand Blender
Hand Blender 

hah?? blender lagi.  yang ini adalah option sahaja kerana ia sangat sesuai bila nak travel or nak balik kampung.  Kat kampung tu memang ada blender tapi mak kita dah  buat blend cili kering. :p
Masa belum ada benda ni, saya balik kampung bawak blender besar tu... ish ish sabor je kena gelak.


4.  Food Storage 

Puree yang kita dah siap blend tu seeloknya disimpan dalam bekas untuk sekali makan.  Jangan tuang semua dalam bekas besar dan bila nak makan cedok sikit2.  itu kalau simpan kat chiller, tapi kalau dah di freeze kan camne nak cedok? nak thaw dulu ke? lepas tu nak refreeze balik.  ish ish. salah cara tu. Konsepnya sama macam EBM jugak, dah cairkan tu jgan dibekukan balik...

Jadi cara yang betul diamalkan ialah, dapatkan benda2 ni:

Puree storage

Saya lebih suka guna ni.

Bila dah beku, keluarkan cube2 tu dan label untuk setiap puree.  Jangan lupa tarikh nya sekali

Setiap puree yang kita buat tu ada tarikh luput dia.  Jadi melabelkan tarikh tu penting.  Nak tahu storage duration tu? ni saya share kat bawah ni. 


How long will baby food [cubes] keep in the freezer & refrigerator?
  • Freezer: 3-6 months (ideally use within 1-3 months)
  • Refrigerator (fruits / veggies): 48 hours
  • Refrigerator (meat, poultry, fish eggs): 24 hours

Read more at http://wholesomebabyfood.momtastic.com/freezepage.htm#mm3TTgFmKlXJ5X17.99



5. Food Container

bekas cantik nak bawak pegi rumah pengasuh...
Kalau nak beli bekas nak bawak ke rumah pengasuh atau taska, seeloknya beli la yang macam Thermos tu.  Jadi bubur yang kita masak tu akan kekal suhu dia dan baby pun selera nak makan.  Tak perlu la babysitter susah2 nak panaskan semula.


haaa.. itu lah antara peralatan serta perkakas yang perlu ada bila anak dah masuk fasa solid food.  tak semua yang wajib pun tetapi kalau ada lagi bagus.  selain tu, boleh la beli pinggan mangkuk yang comel2 dan juga sudu makan yang sesuai.  owh yaa.. kalau nak beli high chair tu, tunggu la sampai baby dah boleh duduk.  Sementara tu, baringkan dia je bila nak suap makan or letak atas bouncer supaya kepala dia tinggi sikit. Kang tecekik pulak kalau biar baring camtu je.. huhu

Sekian la perkongsian saya hari ni... Hmm nak resepi tak?  Saya sertakan link2 yang anda semua boleh refer untuk dapatkan idea nak masak apa untuk baby.

sila follow

Facebook Cik Nuie  (banyak ilmu yang korang boleh belajar dari Cik Nuie ni...)

Wholesome baby food

Blog Saya Hot

Facebook Kaka Tango


Label Homemade baby food (post dalam blog ni)

Notakaki: Fasa solid food ni memang menyeronokan kalau kita tahu cara yang mudah. :)


No comments:

Post a Comment