Tuesday 18 April 2017

Kekesalan Hati Seorang Ibu

Salam...

Hari-hari cerita tentang Mary Jardin.   Tengok senarai post semua label Mary Jardin.  huhu

Jadi kita tukar channel pulak.  Kita buat luahan perasaan.. hehe.. sekali sekala kena luahkan jugak baru la release sikit rasa tu



Bila anak dah besar, insiden terlepas laku memang tak sepatutnya berlaku.  Tapi kadang2 tu terbuat jugak.  Selagi kita bergelar manusia, memang tak lepas dari buat kesilapan.  



Kita suruh anak kita cakap elok2.  

Tapi kita jerit2 kat dia


Kita larang anak kita baling2 barang 

Tapi kita pun baling barang jugak bila nak pass kan sesuatu


Dah tu macam mana??


Dalam diam anak tu memerhati

Dalam diam anak tu menghadam

Dalam diam anak tu mengekspresi


Dan bila kita tersedar,  eh eh macam perangai aku je... 😭😭😭



Semalam, waktu tu tengah makan malam.  Seperti biasa Danial suka bercerita.  Dia akan bercerita apa saja yang terlintas di fikiran dia.  

Dan saya akan cuba bagi respon selogic yang mungkin.  Oleh kerana terlalu banyak soalan dan dipengaruhi faktor2 lain, saya hanya jawab acuh tak acuh

Itu yang keluar ayat sentap tu.


"Kenapa mama macam boring je cakap dengan Danial"


Soalan Danial yang satu ni buat saya terhenti suap.  Rasa macam nak meletup dalam hati ni... 


Rupanya dia memerhati... 

Rupanya dia terasa hati

Aduhaiii Danial.. Maafkan mama



Notakaki:  #bukancopypaste


No comments:

Post a Comment