Thursday 14 September 2017

Hari Sukan Tadika ABS Bandar Saujana Putra

Salam...

Ini merupakan post tertangguh sekian lama... uhuk uhuk


Dah berbulan dah pun sukan ni dan saya baru nak update.  aiseyyy


Sukan tahunan ABS kali ni diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desaminium.   Syok jugak buat sukan dalam dewan nih sebab tak la berpanas budak2 tu dan kita yang menonton dan tukang sorak ni tak basah peluh. huhu


Tahun ni Danial dapat rumah hijau yang membawa simbol katak dan kali ni dia berpeluang menjadi pembawa bendera Selangor pada pembukaan sukan.  Ceh ceh kemain lagi ye


Masa acara yang melibatkan Danial saya tak sempat nak ambil gambar banyak2.  Seronok bersorak sampai lupa nak snap.  Dahtu pulak nak mengawal si Safiyya ni lagi.  Boleh pulak dia masuk dalam gelanggang budak2 tu. haihhh






Bila dah last tu keputusan pun diumumkan dan rumah hijau menduduki tempat keempat... ok laa nak... Satu yang penting ialah bila pertandingan melibatkan budak2 ni, kesemua ada hadiah.  Jadi diorang tak la terasa sangat.  Lagi satu bukan diheran pun apa dalam bungkusan tu.   Yang penting dapat hadiah.  Seronok sangat. huhu.  owh yaa, saya juga dapat hadiah cabutan bertuah.  kira ada la habuan setelah berpenat lelah menjadi pompom girl. hehe


Ni saya share sikit video pembukaan dari murid 6 tahun.  


Notakaki:  Seronok sukan sekolah tadika ni... huhu

No comments:

Post a Comment